Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Biro Aduan Awam SUPP terus bantu mangsa penipuan
  • Selatan
  • WILAYAH

Biro Aduan Awam SUPP terus bantu mangsa penipuan

Utusan Sarawak 6 hours ago
KETUA Biro Aduan Awam SUPP, Milton Foo, menasihatkan orang ramai agar berwaspada terhadap penipuan telefon dan pelaburan dalam talian.

KUCHING: Biro Aduan Awam Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) terus memainkan peranan membantu orang ramai yang gagal memperoleh jawapan atau perkembangan berhubung aduan yang dikemukakan kepada pihak berkuasa berkaitan.

Ketua Biro Aduan Awam SUPP, Milton Foo berkata, aduan yang diterima melibatkan pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen, institusi perbankan, Kementerian Luar Negeri serta beberapa agensi lain.

Bercakap kepada Utusan Sarawak, beliau berkata cabaran utama yang dihadapi biro tersebut adalah aspek kesejahteraan emosi mangsa, khususnya mereka yang menjadi mangsa penipuan.

Menurutnya, terdapat kes melibatkan seorang pesara yang tidak berani keluar dari rumah selepas menjadi mangsa penipuan dan ugutan.

“Terdapat banyak kisah yang menyedihkan. Penipu menggunakan ketakutan mangsa untuk memperdaya mereka sehingga kehilangan wang hasil titik peluh sendiri,” katanya.

Foo berkata, ada juga mangsa yang sanggup meminjam wang semata-mata untuk mengelakkan penipu daripada terus menghubungi mereka.

“Itu bukan penyelesaian. Semakin banyak wang dibayar, semakin besar risiko mangsa terus diperdaya,” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa setiap individu mempunyai tahap emosi dan cara tersendiri dalam menangani tekanan.

Justeru, langkah pertama yang diambil sebelum membantu mangsa ialah menenangkan mereka serta membimbing supaya bertindak secara rasional dan tidak mengikut emosi.

Sehubungan itu, Foo menasihatkan orang ramai agar tidak terlibat dalam pelaburan dalam talian yang meragukan serta tidak mudah mempercayai panggilan daripada individu yang mendakwa mereka wakil polis atau badan kehakiman.

“Jabatan kerajaan tidak akan meminta bayaran denda atau menguruskan urusan kewangan melalui panggilan telefon,” katanya.

Beliau turut menggesa orang ramai supaya membuat semakan dengan pihak polis sekiranya ragu-ragu sama ada sesuatu panggilan atau mesej itu merupakan satu penipuan.

“Adalah lebih baik membuat semakan awal daripada berdepan risiko kehilangan ratusan ribu ringgit simpanan seumur hidup,” katanya.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Laporan kehadiran buaya cetus tindakan pantas bomba di Miri
Next: Keselamatan pelancong jadi keutamaan, Majlis Bandaraya Miri diminta semak penyenggaraan kemudahan awam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.