Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Calon jawatan awam ditahan, positif dadah semasa sesi temuduga
  • JENAYAH

Calon jawatan awam ditahan, positif dadah semasa sesi temuduga

Utusan Sarawak 3 hours ago
POSITIF DADAH Seorang lelaki ditahan selepas didapati positif dadah semasa sesi temu duga jawatan perkhidmatan awam, baru-baru ini.

SIBU: Seorang lelaki ditahan selepas didapati positif dadah semasa sesi temu duga jawatan perkhidmatan awam, baru-baru ini.

Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sibu menerusi kenyataan di Facebook rasminya hari ini memaklumkan lelaki berusia 27 tahun itu gagal melepasi saringan awal ujian air kencing.

Saringan tersebut dilakukan semasa sesi temu duga jawatan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS), di sini, baru-baru ini.

Hasil saringan yang dijalankan mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine (syabu).

Menurut kenyataan itu, lelaki berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih dan Penyalah Guna Dadah dan Bahan (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

Tangkapan tersebut menunjukkan ketegasan pihak berkuasa dalam memastikan calon penjawat awam bebas daripada penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang sebelum diserap masuk ke dalam perkhidmatan awam.

AADK akan terus mempergiat penguatkuasaan bagi mencapai matlamat ‘Dadah Terkawal 2030’.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Ops Heart: SPRM periksa, geledah pejabat dan kediaman pengurusan tertinggi IJM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.