Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lapan saman dikeluarkan dalam operasi pencegahan jenayah IPD Meradong
  • Tengah
  • WILAYAH

Lapan saman dikeluarkan dalam operasi pencegahan jenayah IPD Meradong

Utusan Sarawak 5 hours ago
POLIS menjalankan operasi cegah jenayah, baru-baru ini. Foto IPD Meradong

BINTANGOR: Polis mengeluarkan lapan saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas dalam satu operasi pencegahan jenayah yang dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong di beberapa kawasan titik panas sekitar daerah ini, semalam.

Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong, DSP Tansli Mering, berkata operasi tersebut bermula 8.00 pagi hingga 5.00 petang, baru-baru ini.

“Ia memberi tumpuan kepada usaha mengekang jenayah serta meningkatkan tahap keselamatan dan ketenteraman awam.

“Operasi ini melibatkan rondaan berkereta, pemeriksaan individu dan kenderaan serta sekatan jalan raya (SJR) di beberapa lokasi strategik, termasuk laluan masuk ke Bintangor,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Tambahnya, seramai 16 pegawai dan anggota polis daripada pelbagai cawangan terlibat dalam operasi bersepadu tersebut.

“Sepanjang operasi dijalankan, pihak polis telah memeriksa 85 individu dan 77 kenderaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati tiada sebarang tangkapan atau rampasan direkodkan. 

“Namun, polis telah mengeluarkan lapan saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas yang dikesan,” katanya.

Tegasnya, operasi ini dijalankan bagi meningkatkan kehadiran polis dan memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di Daerah Meradong sentiasa terpelihara.  

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Kerjasama APM dan AADK pastikan anggota APM Sarikei-Meradong bebas dadah
Next: Indeks jenayah di Daerah Saratok menurun 24 peratus sepanjang 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.