Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kerjasama APM dan AADK pastikan anggota APM Sarikei-Meradong bebas dadah
  • Tengah
  • WILAYAH

Kerjasama APM dan AADK pastikan anggota APM Sarikei-Meradong bebas dadah

Utusan Sarawak 5 hours ago
PEGAWAI Pertahanan Awam Daerah Sarikei, Leftenan (PA) Shahrol Azizi Zaidi (kiri) menyerahkan cenderamata kepada Pegawai AADK Bahagian Sarikei, Dalin Nani George. Foto APM Sarikei

SARIKEI: Seramai 55 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sarikei dan Meradong menjalani ujian saringan dadah dalam satu program kerjasama bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Bahagian Sarikei.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sarikei, Leftenan (PA) Shahrol Azizi Zaidi, berkata program tersebut diadakan di Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Sarikei, semalam.

“Program ini merupakan antara inisiatif berterusan APM bagi memastikan tahap disiplin, integriti dan profesionalisme anggota APM sentiasa berada pada tahap tertinggi.

“Pelaksanaan program ini bertujuan memastikan semua anggota APM bebas daripada sebarang pengaruh dan penyalahgunaan dadah, selaras dengan dasar kerajaan serta etika perkhidmatan awam,” katanya ketika dihubungi.

DALIN Nani menyampaikan satu taklimat ringkas berkaitan prosedur ujian saringan air kencing. Foto APM Sarikei

Katanya, program kerjasama tersebut melibatkan ujian saringan air kencing ke atas semua anggota APM yang terlibat dan dilaksanakan sepenuhnya mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak AADK.

“Antara objektif utama program adalah untuk memastikan anggota APM bebas daripada penyalahgunaan dadah, meningkatkan tahap disiplin dan integriti, selain mematuhi garis panduan asas perkhidmatan awam berkaitan kawalan serta pencegahan dadah,” katanya.

Tambahnya, di program tersebut, satu taklimat ringkas telah disampaikan oleh Pegawai AADK Bahagian Sarikei, Dalin Nani George berkaitan prosedur ujian saringan air kencing dan kepentingan pelaksanaan program tersebut sebagai langkah pencegahan awal dalam perkhidmatan awam.

“Secara keseluruhan, pelaksanaan program berjalan dengan teratur dan lancar hasil kerjasama erat antara APM dan AADK serta mendapat komitmen penuh daripada semua anggota APM yang terlibat.

“Tiada sebarang kes kecemasan dilaporkan sepanjang program dijalankan dan semua anggota APM berada dalam keadaan baik,” katanya lagi.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Lebih 2.5 tan durian rampasan dilupus di ICQS Merapok
Next: Lapan saman dikeluarkan dalam operasi pencegahan jenayah IPD Meradong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.