Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lebih 2.5 tan durian rampasan dilupus di ICQS Merapok
  • Utara
  • WILAYAH

Lebih 2.5 tan durian rampasan dilupus di ICQS Merapok

Utusan Sarawak 5 hours ago
RIBUAN kilogram durian antara komoditi pertanian rampasan yang dilupuskan di ICQS Merapok bagi mengawal kemasukan tanpa permit di sempadan. Foto ICQS Lawas 

LAWAS: Sekitar 2,529 kilogram (kg) buah durian, 20 kg buah dabai serta sepohon pokok moringa dilupuskan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Merapok, di sini, semalam.

ICQS Merapok dalam satu kenyataan media memaklumkan bahawa pelupusan barangan rampasan itu melibatkan buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan daripada Jabatan Pertanian Sabah dan Sarawak.

Menurut kenyataan itu, proses pelupusan disaksikan oleh wakil agensi daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sabah, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ICQS Merapok, Pasukan Gerakan Am (PGA) serta Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

“Sebanyak lapan DOP (Detention of Plant) dilupuskan, melibatkan 2,529 kg buah durian, 20 kg buah dabai dan sepohon pokok moringa.

LUBANG PELUPUSAN…hasil rampasan dikumpul dalam satu lubang sebelum dibakar. Foto ICQS Lawas 

“Pegawai pengesahan sebagai saksi utama terdiri daripada Pegawai Pertanian Kanan dan Pegawai Kanan Kastam,” menurut kenyataan itu hari ini.

Cara pemusnahan dilakukan dengan menggali lubang sebelum semua barangan rampasan ditanam dan dibakar.

Pelupusan komoditi berkenaan dibuat selepas tempoh tujuh hari hak lucut, manakala semua barangan rampasan tersebut telah melepasi tempoh 12 hari dari tarikh rampasan awal.

“Tindakan penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan dan setiap agensi di ICQS Merapok akan mengguna pakai peruntukan undang-undang sedia ada bagi memperketat kawalan di sempadan,” katanya.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Bomba berjaya tangkap ular dalam rumah di Jalan Janting Utara
Next: Kerjasama APM dan AADK pastikan anggota APM Sarikei-Meradong bebas dadah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.