Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Ops Heart: SPRM periksa, geledah pejabat dan kediaman pengurusan tertinggi IJM
  • JENAYAH

Ops Heart: SPRM periksa, geledah pejabat dan kediaman pengurusan tertinggi IJM

Utusan Sarawak 4 hours ago
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat pemeriksaan dan penggeledahan di empat lokasi berasingan dalam siasatan kes Ops Heart melibatkan IJM Corporation Bhd (IJM) semalam.

Menurut sumber, pemeriksaan dan penggeledahan dalam siasatan berkaitan isu tadbir urus korporat, proses perolehan, transaksi kewangan serta pemilikan aset di luar negara yang dianggarkan bernilai kira-kira RM2.5 bilion berkenaan dilaksanakan termasuk di kediaman dan pejabat seorang daripada pengurusan tertinggi IJM.

“Pada masa sama, SPRM turut membekukan 55 akaun bank persendirian serta akaun syarikat yang berkaitan dengan jumlah keseluruhan dianggarkan kira-kira RM15.8 juta. 

“Selain itu, siasatan turut menumpukan kepada usaha mengesan dan menyita aset-aset lain yang disyaki telah diperoleh melalui aktiviti pengubahan wang haram,” menurutnya.

Sumber berkata rakaman pernyataan dua pengurusan tertinggi syarikat terbabit yang bermula semalam disambung hari ini dan lima saksi lagi akan dipanggil untuk dirakamkan percakapan.

“Hingga kini sebanyak sembilan rakaman pernyataan telah diambil termasuk dua pengurusan tertinggi syarikat terbabit,” menurutnya.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki mengesahkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).

SPRM sebelum ini dilaporkan sedang menumpukan perhatian terhadap dakwaan membabitkan IJM dengan sumber dalaman memaklumkan bahawa masing-masing seorang anggota pengurusan tertinggi bergelar Tan Sri dan penasihat dikenal pasti sebagai individu berkepentingan. – Bernama

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Ops Tapis IPD Meradong sasar kegiatan dadah, dua ditahan
Next: Calon jawatan awam ditahan, positif dadah semasa sesi temuduga

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.