Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Tingkatan 6 dan Matrikulasi diiktiraf sebagai Pendidikan Tinggi bermula tahun ini – PM
  • PENDIDIKAN

Tingkatan 6 dan Matrikulasi diiktiraf sebagai Pendidikan Tinggi bermula tahun ini – PM

Utusan Sarawak 5 hours ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyempurnakan gimik peluncuran Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026-2035 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. Turut sama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir. Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kementerian Pendidikan Tinggi akan mengambil alih sepenuhnya sistem pendidikan prauniversiti membabitkan Tingkatan 6 dan Matrikulasi bermula tahun ini.

Beliau berkata langkah itu sekali gus menjadikan kedua-dua kelompok secara rasmi adalah pelajar pendidikan tinggi.

“Mulai tahun ini, Kementerian Pendidikan Tinggi akan mengambil alih seluruh sistem pendidikan prauniversiti iaituTingkatan 6 dan Matrikulasi.

“Jadi, pelajar Tingkatan 6 dan Matrikulasi bukan lagi pelajar sekolah… mereka sudah masuk kategori pendidikan tinggi,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035 di sini hari ini.

Pada masa sama, Anwar berkata kerajaan turut menangani isu kontroversi tahunan berkaitan peluang kemasukan ke kursus pilihan yang sering terhad terutama dalam kalangan pelajar kaum minoriti yang mencatat keputusan cemerlang tetapi berdepan kekangan tempat.

Bagi memastikan keadilan peluang, Perdana Menteri berkata kerajaan telah meminta universiti menambah 1,500 tempat baharu dalam kursus popular.

Beliau berkata selepas rundingan lanjut, universiti terbabit bersetuju menambah tempat baharu merangkumi bidang undang-undang, perakaunan, kewangan dan perbankan, kewangan Islam, kecerdasan buatan, ekonomi, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, komunikasi, pengajian media, sains data, analitik data serta sains komputer.

Selain itu, bagi mengurangkan kebimbangan dalam kalangan pelajar, Anwar berkata kerajaan memberi keutamaan kepada pelajar Asasi dan Matrikulasi seperti lazimnya namun jaminan sama turut diberikan kepada pelajar Tingkatan 6 yang menduduki Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) berprestasi tinggi.

“Kita juga telah beri jaminan supaya pelajar-pelajar Tingkatan 6 STPM diberi juga keutamaan untuk mendapatkan tempat di universiti… ini bagi Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.0. 

“Kalau 4.0, sedaya upaya universiti akan beri tempat walaupun kadang-kadang pilihan kursus itu tertakluk kepada keupayaan universiti,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: 10 politeknik dinaik taraf, pendidikan percuma diperluas – PM
Next: Kemasukan Tahun 1 usia enam tahun fleksibel, bergantung kesediaan ibu bapa, murid

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.