Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua lelaki tempatan ditahan positif dadah di Bau
  • JENAYAH

Dua lelaki tempatan ditahan positif dadah di Bau

Utusan Sarawak 7 hours ago
BAHAGIAN Siasatan Jenayah Narkotik IPD Bau menahan dua lelaki tempatan kerana positif Amphetamine dan Methamphetamine.

BAU: Dua lelaki tempatan ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau susulan pemeriksaan di tepi jalan Kampung Opar, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Bau, Supt Mohd Haide A. Rahman berkata, tangkapan dibuat sekitar  4.00 petang ketika anggota polis menjalankan pemeriksaan terhadap kedua-dua suspek di tepi Jalan Kampung Opar.

Menurut beliau, kedua-dua lelaki itu menjalani ujian saringan awal air kencing dan didapati positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine. Susulan itu, mereka ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Suspek berumur 19 dan 25 tahun, kedua-duanya lelaki tempatan dan bekerja sebagai buruh. Seorang mempunyai rekod lampau di bawah peruntukan undang-undang sama, manakala seorang lagi tiada rekod jenayah,” kata beliau.

Beliau turut memaklumkan bahawa tiada sebarang dadah atau barangan lain dirampas semasa operasi dijalankan. Kedua-dua suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Bau bagi membantu siasatan lanjut.

Supt Mohd Haide menasihatkan orang ramai agar menjauhi dadah serta terus memberi kerjasama kepada pihak berkuasa dalam usaha membanteras penyalahgunaan dadah di daerah ini.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Polis tahan lelaki positif dadah dalam Operasi Tapis Khas IPD Lubok Antu
Next: SPRM tumpu dakwaan pengubahan wang haram RM2.5 bilion babitkan IJM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.