Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Had umur permohonan kewarganegaraan anak diturunkan kepada 18 tahun mulai Jun 2026
  • TEMPATAN

Had umur permohonan kewarganegaraan anak diturunkan kepada 18 tahun mulai Jun 2026

Utusan Sarawak 7 hours ago
MENTERI Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah bercakap kepada pemberita selepas sidang media Majlis Perasmian Pelancaran Dana Wakaf Sarawak (EFS) dan Bantuan Ibu Bersalin (BIB) 2026. Foto: Adele Rissa

PETRA JAYA: Had umur bagi permohonan kewarganegaraan anak di bawah Perkara 15A akan diturunkan daripada 21 tahun kepada 18 tahun mulai Jun 2026, kata Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah.

Beliau berkata, perubahan itu bertujuan menyeragamkan definisi kanak-kanak serta memudahkan pemprosesan permohonan, khususnya bagi anak tak sah taraf dan kes pengangkatan anak tanpa rekod sah.

“Permohonan yang melebihi 18 tahun masih boleh dibuat, tetapi akan diproses di bawah Perkara 19 (Naturalisasi) bagi orang dewasa,” katanya kepada pemberita selepas sidang media Majlis Perasmian Pelancaran Dana Wakaf Sarawak (EFS) dan Bantuan Ibu Bersalin (BIB) 2026 di sini, hari ini.

Menurut Fatimah, isu utama kewarganegaraan anak timbul apabila anak dilahirkan sebelum perkahwinan didaftarkan secara sah, terutama jika ibu bukan warganegara Malaysia.

“Anak yang lahir selepas perkahwinan yang teratur akan menjadi warganegara jika bapanya warganegara.

“Tetapi jika anak lahir sebelum perkahwinan teratur, anak akan mewarisi kewarganegaraan ibu, sekali gus menimbulkan masalah apabila permohonan kad pengenalan dibuat kelak,” jelasnya lanjut.

Beliau menekankan, permohonan di bawah Perkara 15A lebih mudah berbanding naturalisasi, yang melibatkan seluruh Malaysia dan memakan masa kerana jumlah pemohon ramai, kebanyakannya anak-anak.

Fatimah menasihatkan orang ramai supaya memastikan perkahwinan dengan pasangan bukan warganegara didaftarkan dengan teratur dan setiap kelahiran serta pengangkatan anak direkodkan mengikut peraturan bagi menjamin hak kewarganegaraan anak.

“Peningkatan permohonan bukan semata-mata disebabkan faktor umur, tetapi lebih berkait dengan kategori permohonan, termasuk kes anak tak sah taraf dan pengangkatan anak yang tidak mengikut peraturan ditetapkan,” tambah beliau.

Beliau juga menggesa ibu bapa dan penjaga supaya tidak menunggu sehingga anak hampir 18 tahun sebelum membuat permohonan. Sebaiknya, urusan dilakukan lebih awal bagi memastikan semua dokumen lengkap dan proses berjalan lancar.

Oleh Adele Rissa

Continue Reading

Previous: Kakitangan dan perantis Sarawak Metro sertai program lampiran bersama Prasarana Malaysia Berhad

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.