Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Mayat kedua ditemukan dalam pencarian Pesawat IAT ATR 42-500
  • KEMALANGAN

Mayat kedua ditemukan dalam pencarian Pesawat IAT ATR 42-500

Utusan Sarawak 6 hours ago
USAHA menyelamat diteruskan apabila pasukan SAR menemui mangsa kedua pesawat IAT yang terhempas di Sulawesi Selatan, selepas mangsa pertama dijumpai semalam. – Foto AFP

JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia pada Isnin menemukan satu lagi mayat dipercayai mangsa pesawat malang ATR 42-500 milik Indonesia Air Transport (IAT) yang mengalami nahas di Sulawesi Selatan.

Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) Mohammad Syafii berkata mangsa kedua yang dikenal pasti sebagai seorang wanita ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada sekitar 2.00 petang waktu tempatan, lapor Agensi Berita ANTARA.

Beliau berkata mangsa ditemukan di lereng Bukit Bulusaraung pada anggaran kedalaman 500 meter dari puncaknya, dan usaha membawa keluar mayat sedang dijalankan.

“Identiti sebenar mangsa akan disahkan kemudian oleh pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI),” katanya.

Pada Ahad, mayat mangsa pertama ditemukan di dasar gaung sedalam sekitar 200 meter di bukit yang sama, selepas misi SAR memasuki hari kedua berikutan kehilangan pesawat dengan pendaftaran PK-THT itu.

Pesawat yang membawa tujuh kru dan tiga penumpang itu dilaporkan terputus hubungan dengan kawalan trafik udara kira-kira tengah hari Sabtu di Daerah Maros semasa dalam penerbangan dari Yogyakarta ke Makassar.

Kementerian Hal Ehwal Maritim dan Perikanan Indonesia pada Sabtu mengesahkan pesawat yang hilang itu merupakan pesawat peronda miliknya.- Bernama

Continue Reading

Previous: Lelaki terselamat, kereta terbabas ke dalam parit di Jalan Medamit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.