Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki lewat 20-an ditahan miliki dadah dalam Op Tapis Khas di Lubok Antu
  • JENAYAH

Lelaki lewat 20-an ditahan miliki dadah dalam Op Tapis Khas di Lubok Antu

Utusan Sarawak 8 hours ago
SEORANG lelaki tempatan berumur lewat 20-an ditahan polis selepas disyaki memiliki dadah dalam satu operasi khas yang dijalankan di sekitar kawasan Lubok Antu, petang semalam. Foto: IPD Lubok Antu

LUBOK ANTU: Seorang lelaki tempatan berumur lewat 20-an ditahan polis selepas disyaki memiliki dadah dalam satu operasi khas yang dijalankan di sekitar kawasan daerah ini, petang semalam.

Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lubok Antu, tangkapan dilakukan oleh pasukan Petugas Khas IPD Lubok Antu yang diketuai oleh Inspektor Harper Kenol menerusi pelaksanaan Op Tapis Khas bagi membanteras aktiviti jenayah dan penyalahgunaan dadah.

Suspek ditahan untuk pemeriksaan lanjut sebelum pihak polis menjalankan pemeriksaan ke atas beg sandang miliknya yang dibawa semasa operasi tersebut.

Hasil pemeriksaan mendapati polis menemukan satu paket plastik lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis Methamphetamine dengan anggaran berat 0.27 gram.

POLIS menemukan satu paket plastik lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis Methamphetamine dengan anggaran berat 0.27 gram. Foto: IPD Lubok Antu

Rampasan tersebut mengukuhkan syak wasangka terhadap suspek yang dipercayai terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah, sekali gus dibawa ke balai polis bagi tindakan selanjutnya.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman denda, penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pihak polis menegaskan bahawa operasi seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan kawasan Lubok Antu kekal selamat dan bebas daripada ancaman dadah.

Sehubungan itu, orang ramai digesa agar terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran atau penyalahgunaan dadah melalui Hotline Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman di talian 012-208 7222 atau Hotline JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di talian 017-592 9211 demi keselamatan komuniti bersama.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: JPJ Betong perketat Ops Harian, 70 kenderaan diperiksa
Next: Syabu 5.05 gram dirampas, lelaki ditahan di Jalan Sungai Kesa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.