Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • SK Ulu Binatang terima kemudahan baharu bernilai lebih kurang RM3.29 juta
  • WILAYAH

SK Ulu Binatang terima kemudahan baharu bernilai lebih kurang RM3.29 juta

Utusan Sarawak 7 hours ago
ADUN Meradong, Datuk Ding Koung Hiing menyaksikan penyerahan siap projek di SK Ulu Binatang. Foto Pusat Khidmat Meradong

BINTANGOR: Pembinaan enam blok bangunan kelas serta kemudahan sokongan di Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Binatang melibatkan kos keseluruhan lebih kurang RM3.29 juta.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata, ia sekali gus memperkukuh infrastruktur pendidikan dan menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih selesa serta kondusif kepada murid dan guru.

“Projek ini dilaksanakan di bawah projek peruntukan RM1 bilion (Fasa 2) Pakej 4 yang turut melibatkan sekolah-sekolah lain.

“Ia adalah hasil kolaborasi berterusan antara Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Meradong, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS), Kementerian Pendidikan (KPM) dan kerajaan Sarawak dalam usaha meningkatkan kebajikan dan kemudahan pendidikan anak-anak Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis penyerahan siap projek tersebut, baru-baru ini.

Katanya, komitmen pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kontraktor yang terlibat amat dihargai dalam merealisasikan pembinaan semula bangunan baharu sekolah tersebut menggunakan kaedah Sistem Binaan Industri (IBS) bagi menggantikan bangunan lama yang telah usang.

“Sebelum ini pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) di SK Ulu Binatang terjejas berikutan perkongsian ruang kelas dan kemudahan yang tidak sesuai.

“Dengan siapnya bangunan baharu yang lebih selesa dan kondusif, PdP kini dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan teratur.

“Di bawah projek ini, SK Ulu Binatang menerima enam blok bangunan kelas, satu blok bilik sains, satu blok tandas dan satu blok bilik pam bersama menara tangki air, dengan kos keseluruhan berjumlah RM3,286,637.28,” katanya.

Beliau turut berharap pihak sekolah dapat memanfaatkan sepenuhnya kemudahan yang disediakan oleh kerajaan serta menjaga aset berkenaan dengan baik, di samping meneruskan kerjasama dengan pihak JKR dan kontraktor bagi memastikan sebarang kecacatan atau liabiliti dapat ditangani dan diselenggara dengan baik.

Koung Hiing juga menegaskan komitmen berterusan kerajaan Sarawak bersama KPM dalam memajukan sektor pendidikan dengan memberi penekanan terhadap penguasaan Bahasa Inggeris tanpa mengabaikan bahasa Melayu, selain menggalakkan penglibatan murid dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

“Tahniah kepada pihak sekolah atas pencapaian akademik memberangsangkan apabila 90 peratus daripada 11 orang calon lulus dalam subjek bahasa Inggeris dan Sains, manakala 80 peratus kelulusan dicapai dalam subjek Matematik.

“Difahamkan, salah seorang calon Ujian Penilaian Program Dwibahasa Sarawak (UP-DLP) pada 2025 merupakan calon berkeperluan khas, sekali gus mencerminkan usaha berterusan sekolah dalam memastikan pendidikan inklusif terus diperkasakan.

“Saya berharap pencapaian yang lebih baik dapat dicapai oleh pihak sekolah pada tahun ini,” katanya.

Di majlis sama, beliau turut mengumumkan akan menyumbangkan tiga unit Televisyen Pintar kepada SK Ulu Binatang bagi memudahkan pengajaran harian para guru.

Turut hadir ialah Ketua Unit Pembangunan Infrastruktur dan Perolehan JPNS, Ir. Ts Khairul Afnan; Lenry Bisop; Pegawai Daerah Meradong, Wee Teck Min; Pegawai Pendidikan Daerah Meradong, Sharifah Idawati Wan Ahmad; Jurutera JKR Bahagian Sarikei, Ir. Ts Kennedy Kedo dan Guru Besar SK Ulu Binatang, Alim Johan.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Indeks jenayah Mukah menurun, rondaan kawasan tumpuan dipertingkat
Next: Penduduk Rumah Vincent menikmati bekalan elektrik baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.