Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Kereta terbabas langgar pagar sekolah, seorang cedera ringan
  • KEMALANGAN

Kereta terbabas langgar pagar sekolah, seorang cedera ringan

Utusan Sarawak 4 hours ago
TERBABAS… Keadaan kenderaan dipandu mangsa selepas terbabas dan melanggar pagar sekolah menengah di di Jalan Dato Abang Indeh di Miri, petang tadi. Foto BBP Miri Sentral

MIRI: Seorang pemandu cedera ringan apabila kereta  terbabas dan melanggar pagar sekolah menengah  di Jalan Dato Abang Indeh di sini, petang tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba,pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.54 petang sebelum jentera bersama pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri Sentral digerakkan ke lokasi kejadian.

“Pasukan yang tiba di lokasi mendapati kemalangan melibatkan kenderaan kendiri  yang melanggar pagar sekolah.

“Seorang mangsa iaitu pemandu kenderaan mengalami kecederaan ringan dan tidak tersepit.

“Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) memberikan rawatan awal di lokasi bagi memastikan keadaan mangsa stabil,” katanya dalam kenyataan petang tadi.

Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pasukan ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mendapatkan rawatan lanjut di hospital.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Satu mayat ditemukan dalam pencarian pesawat Indonesia ATR 42-500

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.