Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Satu mayat ditemukan dalam pencarian pesawat Indonesia ATR 42-500
  • KEMALANGAN

Satu mayat ditemukan dalam pencarian pesawat Indonesia ATR 42-500

Utusan Sarawak 4 hours ago
SERPIHAN pesawat Indonesia ditemukan di puncak Bukit Bulusaraung.

JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia menemukan hari ini, mayat seorang daripada 10 individu yang berada di dalam pesawat malang yang mengalami nahas di Sulawesi Selatan.

Koordinator Misi Mencari dan Menyelamat (SAR), Muhammad Arif Anwar berkata mayat itu dipercayai penumpang pesawat ATR 42-500 milik Indonesian Air Transport (IAT) yang dilaporkan hilang sejak semalam.

Beliau berkata mayat itu ditemukan pada kira-kira 2.20 petang waktu tempatan hari ini di lereng Bukit Bulusaraung dalam Kabupaten Maros, Sulawesi Selatan, di mana serpihan pesawat telah dikesan sebelum ini.

“Seorang mangsa lelaki ditemukan pada koordinat ’04°54’44” S dan 119°44’48” E’ , di dasar gaung sedalam kira-kira 200 meter dan berhampiran serpihan pesawat.

“Usaha mengeluarkan mayat sedang dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan.

Pesawat yang membawa tujuh kru dan tiga penumpang itu dilaporkan terputus hubungan dengan kawalan trafik udara kira-kira tengah hari semalam di Daerah Maros semasa dalam penerbangan dari Yogyakarta ke Makassar.

Kementerian Hal Ehwal Marin dan Perikanan Indonesia pada Sabtu mengesahkan bahawa pesawat yang hilang itu merupakan pesawat peronda miliknya yang dikendalikan oleh IAT dan didaftarkan sebagai PK-THT.

Sementara itu, Muhammad Arif berkata pasukan SAR telah mengenal pasti lokasi enjin pesawat berdasarkan laporan visual dari lapangan dan turut menemukan serpihan tambahan termasuk bahagian badan pesawat serta kerusi.

Beliau berkata operasi SAR yang bermula sejak awal pagi tadi itu berdepan keadaan bentuk muka bumi dan cuaca yang amat mencabar, termasuk hujan lebat serta kabus tebal yang mengehadkan jarak penglihatan kepada kira-kira lima meter di puncak bukit.

“Hal ini telah menjejaskan pergerakan pasukan, termasuk pembatalan sementara penurunan secara menegak demi keselamatan personel,” katanya.

-Bernama  

Continue Reading

Previous: Seorang maut, seorang cedera parah kemalangan di Jalan Penrissen
Next: Kereta terbabas langgar pagar sekolah, seorang cedera ringan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.