Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Anjung Usahawan dibina di Lawas untuk galak usahawan luar bandar
  • Utara
  • WILAYAH

Anjung Usahawan dibina di Lawas untuk galak usahawan luar bandar

Utusan Sarawak 6 hours ago
SIMBOLIK PERASMIAN…Awang Tengah menandatangani plak Anjung Usahawan Sundar sebagai simbolik perasmian.

LAWAS: Pembinaan Anjung Usahawan di beberapa kawasan luar bandar termasuk di daerah ini bertujuan menjadi landasan bagi melahirkan lebih ramai usahawan kecil dalam kalangan masyarakat luar bandar.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, inisiatif tersebut merupakan antara usaha kerajaan negeri untuk membantu rakyat berdikari dengan memanfaatkan sumber tempatan sedia ada bagi dipasarkan terus kepada pelanggan.

“Kita mewujudkan Anjung Usahawan ini bagi menyediakan kemudahan kepada masyarakat, khususnya peniaga kecil dan sederhana, supaya mereka dapat melibatkan diri dalam bidang perniagaan dan perusahaan di lokasi yang lebih kondusif serta teratur.

BANTU USAHAWAN…Awang Tengah bersama Ketua Masyarakat, Ketua Kaum dan penerima peruntukan daripada kerajaan Sarawak bagi menyuntik dana kepada usahawan kecil di daerah kecil Sundar.

“Inilah matlamat kerajaan dan saya berharap ia dapat memberi semangat serta galakan kepada usahawan tempatan untuk menceburi bidang perniagaan. Kawasan kita mempunyai sumber dan kekuatan tersendiri yang boleh dipasarkan terus kepada pelanggan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Anjung Usahawan Sundar di pekan Sundar, di sini, yang terletak sekitar 35 kilometer dari bandar Lawas, hari ini.

Awang Tengah turut menjelaskan bahawa meskipun kawasan Sundar berada di bawah paras laut dan sering dilanda banjir, kawasan tersebut berpotensi besar untuk pembangunan sektor akuakultur dan penanaman padi.

Selain itu, kawasan yang sedikit tinggi di sekitar Sundar juga sesuai untuk aktiviti penternakan kerbau dan ternakan lain, sekali gus membuka peluang ekonomi baharu kepada penduduk setempat.

Majlis tersebut turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Paulus Palu Gumbang; Setiausaha Tetap Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak (MINTRED), Datu Lester Matthew; Pegawai Daerah Lawas, Ladin Atok serta kenamaan tempatan lain.

Untuk rekod, Anjung Usahawan Sundar merupakan projek di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak (MINTRED).

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Skim Bekalan Elektrik Luar Bandar Sarawak bawa bekalan elektrik 24 jam kepada penduduk Tanjung Upar
Next: Anjung Usahawan Sundar dibuka, penduduk digesa jaga alam sekitar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.