Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Wirtz akui seri Liverpool terasa seperti kekalahan
  • SUKAN

Wirtz akui seri Liverpool terasa seperti kekalahan

Utusan Sarawak 6 hours ago
PEMAIN tengah Liverpool, Florian Wirtz, menunjukkan reaksi selepas terlepas peluang jaringan menentang Burnley. Foto AFP

LONDON: Pemain tengah Liverpool, Florian Wirtz, mengakui keputusan seri 1-1 menentang Burnley awal pagi tadi terasa seperti kekalahan selepas juara Liga Perdana Inggeris itu tercicir mata buat kali keempat berturut-turut.

Walaupun pasukan kendalian Arne Slot kekal tanpa kalah dalam 12 perlawanan terakhir dalam semua kejohanan, Liverpool masih bergelut untuk menamatkan perlawanan dengan kemenangan.

Wirtz meletakkan tuan rumah di hadapan di Anfield selepas Dominik Szoboszlai gagal menyempurnakan sepakan penalti, namun Marcus Edwards menyamakan kedudukan menerusi satu-satunya percubaan tepat Burnley pada minit ke-65.

Liverpool mencatatkan keseluruhan 32 percubaan termasuk 11 tepat ke sasaran, namun gagal memanfaatkan dominasi berkenaan untuk menambah jaringan.

Wirtz berkata keputusan itu amat mengecewakan memandangkan jumlah peluang yang dicipta, serta menegaskan pasukan sepatutnya mampu menjaringkan lebih banyak gol.

Pengurus Liverpool, Slot pula mengakui pasukannya seharusnya memenangi perlawanan itu berdasarkan penciptaan peluang, namun kecewa dengan kegagalan menyudahkannya.

Keputusan seri berkenaan menyaksikan Liverpool kekal di tangga keempat liga, tujuh mata di belakang Aston Villa di tempat ketiga dan satu mata di hadapan Manchester United yang menghuni kedudukan kelima.-AFP

Continue Reading

Previous: Arsenal lebarkan jurang Liga Perdana meskipun buntu di Forest
Next: Arteta berang Arsenal dinafikan penalti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.