Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Samarahan bandar masa depan berinfrastruktur bertaraf dunia, tiada beza dengan Kuching – Premier Sarawak
  • SEMASA

Samarahan bandar masa depan berinfrastruktur bertaraf dunia, tiada beza dengan Kuching – Premier Sarawak

Utusan Sarawak 5 hours ago
KETIBAAN Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ke Majlis pecah tanah Projek Samarahan Boulevard, Kota Samarahan, hari ini. Foto Masrin Affirah

KOTA SAMARAHAN: Samarahan kini semakin menonjol sebagai bandar masa depan yang berteras infrastruktur bertaraf dunia, sejajar dengan rancangan pembangunan pesat yang sedang dijalankan di kawasan selatan Sarawak. 

Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, perkembangan itu menjadikan kawasan Samarahan tidak lagi jauh berbeza dengan Kuching dari segi kemajuan dan kemudahan.

“Kalau nak negeri maju, fokus utama pembangunan adalah menyediakan infrastruktur kelas pertama yang mampu menyokong kemajuan dan kemakmuran negeri. 

“Dengan adanya infrastruktur bertaraf dunia, kita akan membangun maju dan pesat macam jalan raya menuju ke Samarahan ni, empat lorong,” katanya berucap pada Majlis pecah tanah Boulevard Samarahan, di sini, hari ini.

Beliau mengulas lanjut, antara projek utama di kawasan Selatan Sarawak iaitu Samarahan, adalah pembangunan Lapangan Terbang baru di Tanjung Embang, yang dirancang menjadi salah satu lapangan terbang paling hebat di Asia Tenggara. 

“Lapangan terbang sedia ada di Kuching kini sudah penuh kapasiti, justeru pembangunan lapangan terbang baru adalah satu keperluan penting.

“Kita mahu menjadikan Kuching-Samarahan sebagai hab utama ASEAN, bukan sahaja untuk Malaysia tetapi seluruh rantau ASEAN,” jelas beliau.

Tambah beliau, jaringan jalan raya juga menjadi perhatian utama dengan projek pembinaan jalan raya empat lorong dari Monggok Kopi di Serian ke Gedong, Rembus, Beliong dan seterusnya ke Sejingkat. 

“Dengan siapnya jambatan utama pada hujung tahun ini, perjalanan dari Monggok Kopi ke Sejingkat akan menjadi lebih lancar dan pantas.

“Ini akan memendekkan masa perjalanan antara Kuching, Samarahan dan Serian kepada hanya 15 hingga 20 minit,” ujarnya.

Pembangunan infrastruktur ini diharapkan membuka peluang pelaburan yang lebih luas, menarik pelancong, serta meningkatkan kualiti hidup rakyat Sarawak secara menyeluruh.

Oleh Masrin Affirah

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: PTD sahkan 15 pegawai dikesan terlibat aktiviti tidak bermoral
Next: Jasa mendiang Cikgu Andy Roy Junran terus dikenang warga pendidikan Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.