Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Mayat lelaki warga Indonesia terjatuh dari kapal ditemukan, operasi SAR ditamatkan
  • KEMALANGAN

Mayat lelaki warga Indonesia terjatuh dari kapal ditemukan, operasi SAR ditamatkan

Utusan Sarawak 14 hours ago
SAR ditamatkan pada 4.45 petang tadi, berikutan penemuan mayat mangsa di Sungai Ulu Lepa berhampiran Rumah Dadat, Bintangor iaitu 69 km dari lokasi kejadian. Foto PGO Bomba Sarawak

SIBU: Lelaki warga Indonesia yang dikhuatiri hilang selepas terjatuh dari kapal di perairan Sungai Rejang berhampiran Jalan Upper Lanang, ditemukan meninggal dunia petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pada 10.30 pagi, pihaknya menerima laporan awam berhubung penemuan mayat seorang lelaki terapung di Sungai Ulu Lepa berhampiran Rumah (Rh) Dadat, Bintangor, kira-kira 69 kilometer (km) dari lokasi kejadian.

“Mayat mangsa berusia 44 tahun itu kemudiannya dibawa ke Hospital Sarikei dan pada 1.37 petang, proses pengecaman mengesahkan ia adalah mangsa yang dikhuatiri lemas di perairan Sungai Rejang, Sibu,” katanya menerusi kenyataan.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa ditamatkan sepenuhnya pada 4.45 petang.

Terdahulu, dalam kejadian kira-kira 6.00 petang Selasa lalu, rakan sekerja mangsa memaklumkan mangsa dilihat turun untuk mandi sebelum dipercayai terjatuh dari kapal pasir tempat dia bekerja.

Oleh Akun Giman

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Dua lelaki maut tersepit bawah lori muatan batu di Bukit Mambong
Next: Dua cedera, seorang parah dalam kemalangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.