Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Gelombang kedua banjir, tiga kampung Hulu Sungai Sibuti masih ditenggelami air
  • WILAYAH

Gelombang kedua banjir, tiga kampung Hulu Sungai Sibuti masih ditenggelami air

Utusan Sarawak 22 hours ago
KEADAAN Sungai Sibuti laluan sungai ke Kampung Sinop, Mutap dan Bulau.

BEKENU: Ramalan gelombang kedua banjir di kawasan hulu Sungai Sibuti semakin membimbangkan apabila banjir dilaporkan masih bertahan di tiga kampung dengan paras air mencecah kira-kira dua kaki.

Tiga kampung terlibat ialah Kampung Bulau, Kampung Mutap dan Kampung Sinop yang terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bekenu.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak, Datuk Rosey Yunus berkata, ketua-ketua kaum serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) telah dimaklumkan agar bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir berikutan Monsun Timur Laut (MTL) yang masih belum berakhir.

“Kita telah meminta ketua kaum dan JKKK di peringkat masing-masing supaya sentiasa mengambil berat tentang keselamatan penduduk.

“Perkara penting yang perlu diberi perhatian ialah memastikan dokumen penting disimpan dengan selamat serta bersedia untuk berpindah sekiranya diarahkan,” katanya ketika ditemui di Pusat Khidmat Wakil Rakyat Bekenu, hari ini.

KEADAAN Sungai Sibuti laluan sungai ke Kampung Sinop, Mutap dan Bulau.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu berkata, punca banjir akibat hujan berterusan tidak dapat dielakkan, namun pihaknya telah meminta Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Miri untuk meneliti aspek sistem perparitan yang berkemungkinan menjadi antara penyumbang banjir.

“Sekiranya perparitan dikenal pasti sebagai punca, kita mohon DID melaksanakan kerja-kerja pengorekan.

“Kita juga meminta DID meneliti kawasan yang sebelum ini tidak pernah dilanda banjir tetapi kini terjejas, dan perkara ini memerlukan kebijaksanaan serta perbincangan antara penduduk tempatan dan agensi berkaitan,” tegasnya.

Sementara itu, keadaan cuaca di beberapa kawasan kampung, rumah panjang dan pedalaman Daerah Subis dilaporkan tidak menentu, dengan kejadian mendung dan hujan kerap berlaku sejak kebelakangan ini.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pembinaan pintu air dicadang atasi banjir kilat di Kampung Tanjung Hulu Saratok
Next: Dr Richard Rapu terima kunjungan SMK Saribas, bincang sambutan Jubli Intan dan infrastruktur sekolah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.