
BINTULU: Mayat ditemui di Sungai Kemena berhampiran kawasan Pasar Tamu di sini pagi tadi, dan pihak polis kini menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian berkenaan.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan pada 10.36 pagi untuk membantu operasi khidmat khas di lokasi kejadian.

Setibanya pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu di lokasi pada 10.38 pagi, didapati mayat tersebut telah dibawa oleh Pasukan Polis Marin ke jeti.
“Pasukan bomba hanya menjalankan pemantauan serta kawalan keselamatan di lokasi sepanjang operasi dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan.
Mayat berkenaan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan dan siasatan lanjut.
Oleh Carolyne Utih