Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tabung Darah Hospital Miri pelawa kerjasama anjur kempen derma darah
  • Utara
  • WILAYAH

Tabung Darah Hospital Miri pelawa kerjasama anjur kempen derma darah

Utusan Sarawak 6 hours ago
TABUNG Darah Hospital Miri menjemput pelbagai pihak untuk bekerjasama sebagai penganjur Kempen Derma Darah bagi memastikan bekalan darah hospital sentiasa mencukupi.

MIRI: Tabung Darah Hospital Miri menjemput pelbagai pihak termasuk badan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), syarikat swasta, pusat beli-belah serta organisasi lain untuk bekerjasama sebagai penganjur Kempen Derma Darah bagi memastikan bekalan darah hospital sentiasa mencukupi.

Menurut kenyataan Tabung Darah Hospital Miri, kerjasama strategik ini bukan sahaja dapat membantu memenuhi keperluan darah untuk kes kecemasan dan pembedahan, malah turut menyokong pelaksanaan tanggungjawab sosial korporat (CSR) serta memupuk semangat kerjasama dan keprihatinan dalam komuniti setempat.

Orang ramai atau organisasi yang berminat untuk menempah slot penganjuran kempen derma darah boleh menghubungi Pegawai Perhubungan Awam (PRO) Tabung Darah Hospital Miri, Norazila Jimlun menerusi WhatsApp atau talian pejabat di 085-416657 atau 085-420033 sambungan 533 atau 536.

Tabung Darah Hospital Miri berharap lebih banyak pihak tampil menjadi ‘wira di sebalik tabir’ dengan menyokong penganjuran kempen derma darah demi menyelamatkan nyawa dan kesejahteraan para pesakit.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: Tsong melawat PPS Dewan Mutiara Ilmu, SMK Bukit Assek
Next: Henry Sum ingatkan penduduk waspada banjir, gesa penyelenggaraan saliran di Lawas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.