Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Inisiatif kebajikan: Warga emas terima katil pesakit boleh laras
  • Tengah
  • WILAYAH

Inisiatif kebajikan: Warga emas terima katil pesakit boleh laras

Utusan Sarawak 7 hours ago
PRIHATIN…Yii Hua Hiong (baring) bergambar bersama ahli keluarganya dan pasukan Pusat Khidmat Repok. Foto Pusat Khidmat Repok

SARIKEI: Keprihatinan terhadap kebajikan golongan warga emas terus diberi perhatian apabila sebuah katil pesakit boleh laras diserahkan kepada seorang lelaki warga emas.

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi yang juga Ahli Parlimen Sarikei Dato’ Sri Huang Tiong Sii, berkata ia adalah sebagai usaha meringankan beban keluarga dalam menguruskan penjagaan harian pesakit di rumah.

“Bantuan ini merupakan inisiatif berterusan saya untuk membantu rakyat yang memerlukan di kawasan Parlimen Sarikei dan kawasan Repok.

“Penyediaan kemudahan asas seperti katil pesakit boleh laras amat penting bagi memastikan pesakit terlantar menerima penjagaan yang lebih selesa, selamat dan berkesan di rumah,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Bantuan tersebut telah diserahkan kepada penerima, baru-baru ini.

Penerima bantuan ialah Yii Hua Hiong, 85, yang menetap di Sungai Sare.

Hadir bagi mewakili Tiong Sii untuk menyerahkan bantuan adalah pasukan Pusat Khidmat Repok.

Dalam pada itu, Tiong Sii turut menegaskan bahawa kebajikan rakyat, khususnya golongan warga emas dan pesakit terlantar, sentiasa menjadi keutamaan dalam perkhidmatan beliau sebagai wakil rakyat.

“Saya berharap bantuan yang disalurkan dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan memberi keselesaan kepada penerima dan keluarga dalam menjalani rutin penjagaan harian,” katanya.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: BBP Sarikei laksana rondaan berkala pantau risiko banjir
Next: Mobile Service To U SUPP Bintangor dekati rakyat, mudahkan akses bantuan kebajikan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.