Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 100 pelajar sekolah terima khidmat gunting rambut percuma
  • WILAYAH

100 pelajar sekolah terima khidmat gunting rambut percuma

Utusan Sarawak 12 hours ago
ADUN Lingga, Dayang Noorazah semasa menghadiri Program Gunting Rambut Percuma Kembali Ke Sekolah yang diadakan di Ruang Legar Pusat Kebudayaan Sri Aman (Wap Ikan Bulu), hari ini. Foto SABERKAS Lingga

SIMANGGANG: Kira-kira 100 pelajar sekolah rendah dan menengah di daerah ini mendapat manfaat menerusi perkhidmatan gunting rambut percuma sebagai persediaan kembali ke sekolah dalam Program Gunting Rambut Percuma Kembali Ke Sekolah yang diadakan di Ruang Legar Pusat Kebudayaan Sri Aman (Wap Ikan Bulu), hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor, berkata inisiatif berkenaan dilaksanakan atas keprihatinan terhadap golongan kurang berkemampuan, khususnya keluarga berpendapatan rendah (B40), yang berdepan kos tinggi untuk menyediakan keperluan persekolahan anak-anak.

Menurut beliau, kos menggunting rambut yang mencecah antara RM10 hingga RM15 seorang boleh menjadi beban, terutama kepada keluarga yang mempunyai ramai anak.

ADUN Lingga, Dayang Noorazah semasa menghadiri Program Gunting Rambut Percuma Kembali Ke Sekolah yang diadakan di Ruang Legar Pusat Kebudayaan Sri Aman (Wap Ikan Bulu), hari ini. Foto SABERKAS Lingga

“Bayangkan ada ibu bapa yang memiliki anak ramai dan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan besar hanya untuk gunting rambut. Inisiatif ini diharap dapat meringankan beban kewangan keluarga terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir pada program berkenaan yang dianjurkan oleh Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Cawangan Lingga dengan kerjasama Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Lingga.

Dayang Noorazah berkata sambutan yang diterima amat menggalakkan, dengan kehadiran pelajar bersama ibu bapa seawal program bermula.

“Alhamdulillah, ramai pelajar tidak melepaskan peluang menyertai program ini. Insya-Allah, kita bercadang untuk meneruskan program gunting rambut percuma setiap kali sesi persekolahan baharu bermula sebagai usaha berterusan membantu ibu bapa,” ujarnya.

ADUN Lingga, Dayang Noorazah semasa menghadiri Program Gunting Rambut Percuma Kembali Ke Sekolah yang diadakan di Ruang Legar Pusat Kebudayaan Sri Aman (Wap Ikan Bulu), hari ini. Foto SABERKAS Lingga

Dalam perkembangan sama, beliau berkata program tersebut turut memberi manfaat kepada tukang gunting rambut tempatan, yang kebanyakannya terdiri daripada golongan belia, sekali gus membantu meluaskan peluang rezeki mereka.

Beliau menambah, program gunting rambut percuma itu terbuka kepada seluruh warga Sri Aman, khususnya penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga.

“Inisiatif ini memperlihatkan komitmen SABERKAS dan Pergerakan Pemuda PBB untuk terus mendekati masyarakat serta melaksanakan program yang memberi impak langsung kepada golongan sasar,” katanya.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Cawangan PBB Lingga, Kaunselor Suhaidi@Roslan Los; Ketua Pemuda PBB Lingga Abdul Rahim Jamil; Setiausaha Cawangan PBB Lingga Awang Najit Awang Sohor serta exco SABERKAS Lingga dan Pergerakan Pemuda PBB Lingga.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Banjir Sibu: PPS SMK Bukit Assek mula beroperasi
Next: Operasi SAR Chin Shin Fah ditamatkan, akan disambung jika ada petunjuk baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.