Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Paras air di Serian meningkat, satu PPS dibuka
  • Selatan
  • WILAYAH

Paras air di Serian meningkat, satu PPS dibuka

Utusan Sarawak 16 hours ago
SEKITAR pemantauan yang dilakukan oleh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Serian, hari ini. 


SERIAN: Paras air di beberapa kawasan berisiko banjir di sini dilaporkan sedikit meningkat dan bertahan susulan hujan berterusan sejak awal pagi, hasil rondaan pemantauan sempena Monsun Timur Laut (MTL) yang dijalankan hari ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak dalam kenyataan memaklumkan, rondaan dilakukan oleh Balai Bomba dan Penyelamat Serian dari 8.00 pagi hingga 11.00 pagi tadi.

Rondaan tertumpu di Kampung Munggu Kopi dan Kampung Tanah Putih, dengan laporan pemantauan mendapati trend paras air menunjukkan peningkatan, manakala keadaan cuaca mendung sepanjang operasi.

Dalam perkembangan berkaitan, pemantauan turut dijalankan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan SJK Chung Hua Batu 29, yang dilaporkan tiada penambahan mangsa setakat ini.

Sementara itu, PPS Sekolah Kebangsaan Tanah Putih telah dibuka pada 10.00 pagi hari ini bagi menempatkan penduduk terjejas yang berpindah secara kendiri menggunakan perahu orang kampung susulan kenaikan paras air di kawasan kediaman mereka.

Pihak bomba memaklumkan pemantauan berterusan akan diteruskan bagi memastikan keselamatan penduduk serta kesiapsiagaan menghadapi sebarang kemungkinan peningkatan paras air.

Oleh Shahrul Qaizat

Continue Reading

Previous: Banjir Beluru: 1,557 mangsa di 17 rumah panjang terjejas setakat semalam
Next: Persekitaran bersih cerminan sikap, perpaduan masyarakat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.