Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program kemahiran perkasa wanita luar bandar DUN Bukit Saban  
  • Tengah
  • WILAYAH

Program kemahiran perkasa wanita luar bandar DUN Bukit Saban  

Utusan Sarawak 18 hours ago
KELAS Memasak anjuran Pergerakan Wanita PBB Cawangan Bukit Saban, semalam. Foto: Uban Dana

SPAOH: Pelbagai program kemahiran terus dipergiat bagi memperkasa golongan wanita di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Saban, sekali gus membuka peluang ekonomi yang lebih luas kepada masyarakat luar bandar.

Program latihan anjuran Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Bukit Saban itu memberi penekanan khusus kepada kemahiran praktikal berasaskan keusahawanan, termasuk pembuatan laksa, kuih-muih dan roti, selain teknik pengendalian, pemprosesan serta pembungkusan makanan yang memenuhi piawaian pasaran.

Ketua Pergerakan Wanita PBB Cawangan Bukit Saban, Natasha Nasa Uggah, berkata inisiatif berkenaan bertujuan melahirkan lebih ramai usahawan wanita yang berupaya menjana pendapatan sendiri melalui perniagaan kecil dan sederhana.

“Penekanan kami adalah kepada kemahiran yang dapat meningkatkan ekonomi wanita setempat.

SEKITAR 70 peserta menyertai program latihan kemahiran Wanita PBB Cawangan Bukit Saban yand diadakan di Rumah Panjang Radin Wilson Rabai, Penebak Ulu. Foto: Uban Dana

“Setiap ranting diperkenalkan dengan kemahiran berbeza supaya mereka boleh memulakan perniagaan sendiri, berniaga di kawasan setempat dan seterusnya membangunkan komuniti usahawan wanita yang lebih besar,” katanya semasa Kelas Memasak anjuran Pergerakan Wanita PBB Cawangan Bukit Saban, semalam.

Beliau berkata penganjuran program tersebut juga selari dengan persediaan komuniti setempat menjelang pembukaan projek Lapangan Terbang Landasan Pendek (STOLport) di Bebuling, yang dijangka merancakkan aktiviti ekonomi kawasan sekitar.

Sementara itu, Ketua Wanita Ranting PBB Kubal Ulu, Lily Lulong Ngumbang, menyifatkan program berkenaan sebagai langkah proaktif dalam membantu wanita luar bandar meningkatkan kemahiran dan keyakinan diri untuk terlibat secara aktif dalam kegiatan sosioekonomi.

“Program ini amat relevan, terutamanya dengan pembangunan Lapangan Terbang Spaoh yang bakal siap.

“Ia membuka peluang kepada wanita luar bandar, khususnya dari Ranting Kubal Tengah, untuk menghasilkan produk makanan berkualiti dan menceburi bidang perniagaan,” katanya.

Nada sama dikongsi Ahli Biro Wanita Nanga Linsom, Lucy Kasa, yang berkata program tersebut memberi pendedahan dan suntikan keyakinan kepada wanita yang sebelum ini kurang mahir dalam penyediaan makanan secara komersial, selain merakamkan penghargaan kepada Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas atas sokongan berterusan terhadap usaha pemerkasaan wanita.

Untuk rekod, sesi kali ini melibatkan sekitar 70 peserta daripada enam biro wanita, merangkumi Rumah Panjang Lanyau Jembu, Rumah Panjang Kelimbang Jaman, Rumah Panjang Tangai Jemalang, Rumah Panjang Serami Nyanggai, Rumah Panjang Madi Entinggie dan Rumah Panjang Radin Wilson Rabai selaku tuan rumah.

Selain latihan kemahiran, kebajikan ahli turut diberi perhatian menerusi penyerahan 96 bakul makanan kepada ahli Wanita PBB yang memerlukan di kawasan Penebak Ulu dan sekitarnya.

Sepanjang Januari ini, sebanyak lima program pemerkasaan wanita dijadualkan berlangsung di seluruh DUN Bukit Saban, termasuk kursus penyediaan makanan, Kursus Canva (Reka Bentuk Grafik dan Kreatif) serta Kursus Kecantikan (Eyelash) bagi memastikan golongan wanita kekal kompetitif dalam pelbagai sektor keusahawanan.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Kawasan berisiko banjir di Simunjan dipantau, paras air semakin surut
Next: Paras air di Matu menunjukkan trend menurun, penduduk terus berwaspada

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.