Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat, 41 PPS dibuka – JPBN
  • TEMPATAN

Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat, 41 PPS dibuka – JPBN

Utusan Sarawak 19 hours ago
SITUASI di pusat pemindahan sementara apabila jumlah mangsa banjir di Sarawak terus meningkat, melibatkan beberapa bahagian utama negeri. Foto APM Sarawak

KUCHING: Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus menunjukkan trend peningkatan apabila 41 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat pagi ini, melibatkan beberapa bahagian utama di negeri itu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan PPS berkenaan membabitkan bahagian Kuching, Samarahan, Serian, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri yang kini menempatkan sebanyak 3,890 mangsa daripada 1,175 keluarga.

Jumlah itu bertambah berbanding 3,546 mangsa daripada 1,030 keluarga di 40 PPS malam tadi.

Menurut JPBN Sarawak, antara PPS yang mencatat peningkatan pemindahan mangsa banjir adalah di bahagian Kuching, khususnya di daerah Serian yang dikenal pasti sebagai kawasan zon merah bencana, melibatkan PPS Ranchan dan PPS Dewan Serbaguna Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hua Batu 29.

Selain itu, trend peningkatan turut direkodkan di bahagian Sibu dan Bintulu, masing-masing membabitkan PPS Bukit Arip dan PPS Dewan Suarah Bintulu.

Di SABAH, jumlah mangsa banjir merekodkan sedikit peningkatan kepada 367 orang daripada 137 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 363 orang daripada 136 keluarga pada petang semalam.

JPBN Sabah dalam kenyataan memaklumkan kesemua mangsa di daerah Beaufort itu ditempatkan di dua PPS.

Menurut kenyataan itu, banjir yang melanda daerah berkenaan menjejaskan penduduk di 11 kampung.- Bernama

Continue Reading

Previous: Kasih Premier Sarawak terus abadi, setia mengenang isteri tercinta
Next: 39 PPS aktif melibatkan 3,806 mangsa banjir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.