Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Eksklusif: Dua pasukan murid sekolah rendah dari Sarawak raih anugerah di YTAC Pulau Pinang
  • SEMASA

Eksklusif: Dua pasukan murid sekolah rendah dari Sarawak raih anugerah di YTAC Pulau Pinang

Utusan Sarawak 1 day ago
PASUKAN SK Dato Mohd Musa dari Samarahan bergambar kenangan bersama guru pembimbing selepas mencipta kejayaan di YTAC 2026 di Pulau Pinang, baru-baru ini.

KOTA SAMARAHAN: Dua pasukan dari Sekolah Kebangsaan Dato Mohd Musa (SKDMM) mencatat kejayaan membanggakan apabila meraih beberapa anugerah dalam Youth Tech Asia Challenge (YTAC) yang berlangsung di Tech Dome, Pulau Pinang dari 7 hingga 9 Januari lalu.

Kejayaan tersebut dimaklumkan selepas kepulangan pasukan sekolah berkenaan ke Sarawak, sekali gus mengharumkan nama sekolah dan Daerah Samarahan di peringkat antarabangsa.

Pasukan Edu Monster SKDMM, berjaya merangkul Gold Award dan 1st Runner Up menerusi inovasi permainan pendidikan interaktif bertajuk Edu Monster.

PASUKAN SK Dato Mohd Musa dari Samarahan bergambar kenangan bersama guru pembimbing selepas mencipta kejayaan di YTAC 2026 di Pulau Pinang, baru-baru ini.

Pasukan itu dianggotai oleh Aisy Fayyadh Zulyhie dan Faiha Aina Azzalfa Norazizul, dengan bimbingan guru mereka l, Hazilah Rashid serta Izzah Iwani Najwa Issnu.

Menurut ringkasan inovasi, Edu Monster dibangunkan bagi membantu murid Tahun 3 memahami konsep pengukuran matematik dengan lebih menyeronokkan, interaktif dan mudah difahami.

Sementara itu, satu lagi pasukan sekolah berkenaan, Alpha SKDMM, turut meraih Anugerah Gangsa (Bronze Award) menerusi projek Automated Book Organizer (ABO).

Pasukan Alpha SKDMM diwakili oleh Aufa Khaliesya dan Andrea Joel, dengan bimbingan guru mereka, Mohd Arifin Madon serta Azahar Malek.

PASUKAN SK Dato Mohd Musa dari Samarahan bergambar kenangan bersama guru pembimbing selepas mencipta kejayaan di YTAC 2026 di Pulau Pinang, baru-baru ini.

Pertandingan YTAC kali ini disertai oleh 81 pasukan dari Malaysia, Vietnam dan Indonesia, sekali gus menjadi platform untuk murid mempamerkan kreativiti dan inovasi di peringkat antarabangsa dan kedua-dua pasukan tersebut ditaja oleh Press Metal.

Turut hadir memberikan sokongan ialah wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Lau Sai Ping, wakil Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Samarahan, serta Guru Besar SK Dato Mohd Musa, Issnu Dollah.

Oleh Masrin Affirah

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sarawak perkukuh industri akuakultur
Next: Seni bahasa sejagat satukan dunia, Sarawak dipilih pentas pameran antarabangsa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.