Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Usaha tingkat keberkesanan PdPc, SMK Bandar Bintangor terima 12 projektor LCD
  • PENDIDIKAN

Usaha tingkat keberkesanan PdPc, SMK Bandar Bintangor terima 12 projektor LCD

Utusan Sarawak 1 day ago
SERAH SUMBANGAN… ADUN Meradong, Datuk Ding Koung Hiing menyerahkan sumbangan projektor LCD kepada Pengetua SMK Bandar Bintangor, Leo Mathias Kamandan. Foto Pusat Khidmat Meradong

BINTANGOR: Penyediaan kemudahan pendidikan berasaskan teknologi terus diperkukuh apabila Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Bintangor menerima 12 unit projektor LCD (paparan kristal cecair) bagi kegunaan pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.

Hadir bagi menyerahkan sumbangan tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing.

Katanya, ia adalah bertujuan menyokong usaha meningkatkan kualiti pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) di sekolah tersebut.

“Sumbangan ini merupakan salah satu inisiatif dalam memperkasakan pembelajaran berteraskan teknologi, khususnya bagi membantu pelajar membuat persediaan menghadapi peperiksaan utama.

“Dengan adanya kemudahan tersebut, sesi PdPc dapat dilaksanakan dengan lebih interaktif dan berkesan melalui penggunaan bahan multimedia, paparan visual serta sumber pembelajaran digital di dalam bilik darjah.

“Penyediaan projektor LCD ini diharap dapat membantu guru menyampaikan pengajaran dengan lebih jelas dan berkesan, selain memberi pendedahan kepada pelajar terhadap kaedah pembelajaran yang lebih moden dan interaktif,” katanya ketika ditemui media, semalam.

Katanya, langkah tersebut juga selari dengan usaha memperkukuh PdPc berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam kalangan guru dan pelajar, di samping menyokong transformasi pendidikan digital di sekolah.

“Pendidikan merupakan pelaburan jangka panjang yang amat penting dan kemudahan pembelajaran yang kondusif serta bersesuaian dengan perkembangan teknologi semasa perlu diberi perhatian.

“Saya sentiasa berkomitmen untuk terus memberi perhatian terhadap pembangunan pendidikan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Meradong, termasuk peningkatan kemudahan fizikal, prasarana pembelajaran dan persekitaran sekolah yang lebih selesa,” katanya.

Selain penyerahan projektor LCD, Kuong Hiing turut meninjau keadaan sistem penghawa dingin bilik sekolah yang digunakan bagi aktiviti akademik dan program pendidikan tambahan.

Tinjauan tersebut bertujuan menilai tahap penyelenggaraan serta mengenal pasti keperluan pembaikan bagi memastikan keselesaan pelajar semasa mengikuti sesi pembelajaran.

Turut hadir ialah Pengetua SMK Bandar Bintangor, Leo Mathias Kamandan.

Oleh Earl Anek

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Inisiatif Pendidikan Digital: SK Bandar Bintangor terima enam televisyen pintar baharu
Next: Pelaksanaan semula UPSR, PT3: KPM perlu tekankan rangka kerja pendidikan mantap

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.