Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek naik taraf Jalan Ulu Sungai Merah terjejas akibat hujan berterusan
  • Tengah
  • WILAYAH

Projek naik taraf Jalan Ulu Sungai Merah terjejas akibat hujan berterusan

Utusan Sarawak 1 day ago
DATUK Michael Tiang Ming Tee melakukan perbincangan mengenai kemajuan projek naik taraf Jalan Ulu Sungai Merah.

SIBU: Hujan berterusan sejak kebelakangan ini menjejaskan kemajuan projek naik taraf Jalan Ulu Sungai Merah, khususnya di jajaran dari Lorong 18 hingga Lorong 12.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang Ming Tee berkata, pihak kontraktor akan segera menyambung semula kerja naik taraf sebaik sahaja keadaan cuaca bertambah baik.

“Sebaik sahaja cuaca mengizinkan, kontraktor akan meneruskan kerja termasuk menyiapkan lapisan asas batu sebelum menjalankan penurapan aspal bagi memperbaiki keadaan jalan serta melancarkan aliran trafik,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan itu turut menggesa kontraktor supaya mempercepatkan kerja penurapan aspal susulan pembukaan semula sekolah yang dijadualkan pada minggu hadapan.

Beliau menggesa pengguna jalan raya agar bersabar dan memahami keadaan memandangkan projek berkenaan masih dalam pelaksanaan.

“Pasukan perkhidmatan akan terus memantau rapat kemajuan projek tersebut dan akan memaklumkan perkembangan terkini kepada orang ramai dari semasa ke semasa,” katanya.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Laluan jalan raya dan kawasan perumahan di Senadin, Tudan masih dinaiki air
Next: Bantuan makanan disalur kepada mangsa banjir melalui Pusat Khidmat Parlimen Bintulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.