4 maut, 23 cedera dalam kemalangan bas di Nepal

Facebook
WhatsApp
SEBUAH bas terjunam ke dalam cerun di pinggir bandar Kathmandu, Nepal, mengakibatkan empat maut dan 23 cedera.. Foto X/Khabarhub English

KATHMANDU: Empat maut manakala 23 yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas di pinggir bandar Kathmandu pada petang Rabu, kata seorang pegawai polis, lapor Xinhua.

Bas yang membawa kira-kira 40 penumpang itu terjunam ke dalam cerun sedalam kira-kira 100 meter dari lebuh raya.

Jurucakap polis daerah, Pawan Bhattarai, berkata beberapa mangsa yang cedera dilaporkan berada dalam keadaan serius.

Menurut Bhattarai, polis sedang menyiasat punca kemalangan itu.- Bernama-Xinhua