Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kekal bersatu walau berbeza fahaman politik
  • TEMPATAN

Kekal bersatu walau berbeza fahaman politik

Utusan Sarawak 5 years ago
BERSATU… Datu Penguang Manggil dan Datin Monica Ukong bersama penyokong GPS di Rumah Drahman Sungai Lutong Bakong

MARUDI : Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil mengingatkan rakyat di kawasannya kekal bersatu dan tidak berpecah belah walaupun berlainan fahaman politik.

Beliau menegaskan, pemimpin-pemimpin pelbagai peringkat termasuk pemimpin politik juga perlu memastikan segala tindakan mereka tidak akan menyebabkan perpecahan masyarakat.

“ Saya juga telah mengingatkan peranan dan tanggungjawab Ketua Masyarakat, Ketua Kaum dan ahli-ahli majlis di mana mereka berperanan sebagai wakil rakyat kepada kerajaan di peringkat akar umbi,” katanya.

Dalam pada itu Penguang menekankan penduduk rumah panjang agar menyokong kerajaan dan menolak pihak pembangkang kerana ia boleh mengundang perpecahan.

Justeru beliau berharap perkara ini tidak akan berlaku dan meminta semua penduduk rumah panjang bersatu hati dan mengeratkan tali perpaduan antara satu dengan yang lain.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di majlis perasmian pemimpin bersama rakyat di Rumah Drahman anak Sidu, Sungai Lutong Bakong baru-baru ini.

Menyentuh isu-isu politik, Penguang berkata, beliau menyertai politik demi untuk membantu rakyat dan bukannya demi kepentingan diri.

“ Ada juga orang berpolitik hendak mengaut kekayaan, hendakkan kontrak, lesen dan sebagainya,’ ujar Penguang.

Pada majlis tersebut Penguang turut menyerahkan cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) RM20,000 kepada JKKK Rumah Drahman dan RM5,000 kepada Biro Wanita rumah panjang berkenaan.

Turut hadir isteri Datu Dr Penguang, Datin Monica Ukong, Setiausaha Politik Ketua Menteri Sarawak merangkap Ketua Pemuda PDP, Robert Ayu, wakil Pegawai daerah Beluru, SAO Marliney Igil, Pengerusi Majlis daerah Marudi, Kaunselor Edward Mendai, Ketua Masyarakat daerah Beluru Pemanca Enggah Muga serta Ketua-Ketua Kaum yang lain.

Oleh Jiku Juguong

Continue Reading

Previous: Empat keluarga masih menunggu bekalan elektrik
Next: Yayasan Ikhlas sumbang sut PPE

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.