TADEJ Pogacar muncul juara keseluruhan Tour de France selepas rakan senegara dari Solvenia Primoz Roglic ketingalan 57 pada saingan ujian masa individu hari terakhir saingan.
Pogacar,21, akan mengetuai peloton ke Paris dengan memakai jersi kuning pendahulu keseluruhan dan akan dinobatkan sebagai juara keseluruhan.
Turut mengejutkan, pelumba muda itu juga akan menyarung jersi polka dot sebagai juara bukit, dan jersi putih sebagai pelumba terbaik bawah 25 tahun.
“Impian saya hanya untuk mengambil bahagian,” kata Pogacar yang melakukan penampilan pertamanya di Tour de France.
“Saya tidak dapat mendengar apa-apa pada pendakian terakhir dan saya melakukan apa yang termapu,” katanya.
Pelumba Australia, Richie Porte di tempat ketiga buat pertama kali dalam siri jelajah ini manakala Mikel Landa dan Enric Mas dari Sepanyol masing-masing berada dalam kelompok kelima terbaik keseluruhan.
Pelumba Ireland, Sam Bennett berpeluang memenangi jersi hijau raja pecut namuam perlu menyempurnakan lapan pusingan terakhir Tour De France di Champs Elysees di Paris.- AFP