KEKUATAN mental Arsenal di puji pengendalinya,Mikel Arteta memuji sehingga mampu menjaringkan gol lewat perlawanan menerusi Eddie Nketiah untuk pasukan itu bangkit menewaskan West Ham 2-1 di Emirates.
The Gunners menyamai mata Everton dan Crystal Palace yang mengutip tiga mata penuh dalam kedudukan carta selepas dua perlawanan.
Namun begitu prestasi yang ditunjukkan oleh pasukan itu belum mencapai tahap permainan yang dimahukan Arteta.
Michail Antonio menyamakan kedudukan selepas Alexandre Lacazette menjaringkan gol untuk tuan rumah dengan West Ham dilihat lebih menguasai perlawanan dengan mendapat beberapa peluang.
Bagaimanapun Arsenal memanfaatkan peluang untuk mengutip tiga mata apabila Dani Ceballos melepasi benteng West Ham dan membuat umpanan kepada Nketiah.
“Saya sangat gembira dengan tiga mata dan ini masanya untuk menilai kerana kami mempunyai banyak isu yang perlu diselesaikan,” kata Arteta.
“Tapi apa yang saya suka adalah pendekatan yang digunakan pemain untuk baki 25 minit terakhir ketika mereka dilihat sedikit kecewa mereka bangkit.
“Jika beberapa bulan lalu kami mungkin tewas atau seri perlawanan seperti ini.
“Tapi akhirnya anda perlu mencari jalan kerana akan ada lagi perlawanan seperti ini musim ini.”
Selepas memenangi Piala FA dan Perisai Komuniti dan memulakan musim mereka dengan kemenangan 3-0 ke atas Fulham pada perlawanan pembukaan, Arsenal dijangka dapat mengetepikan West Ham yang dikalahkan dengan mudah oleh Newcastle seminggu yang lalu.-AFP