Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Jenayah Indeks Meradong turun 23 peratus pada 2025
  • JENAYAH

Jenayah Indeks Meradong turun 23 peratus pada 2025

Utusan Sarawak 3 days ago
KPD Meradong, DSP Tansli Mering. Foto IPD Meradong

BINTANGOR: Statistik jenayah indeks di Daerah Meradong bagi 2025 mencatatkan penurunan ketara sebanyak 23 peratus berbanding 2024.

Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong, DSP Tansli Mering, berkata secara keseluruhan jumlah jenayah indeks menurun sebanyak 16 kes, daripada 71 kes pada 2024 kepada 55 kes pada 2025.

“Secara keseluruhannya, jumlah jenayah indeks menunjukkan penurunan sebanyak 16 kes atau 23 peratus berbanding tahun sebelumnya.

“Penurunan paling ketara direkodkan bagi kes curi dan pecah rumah, dengan kes curi menurun sebanyak 19 kes atau 38 peratus, manakala kes pecah rumah mencatatkan penurunan lima kes atau 26 peratus.

“Trend ini menunjukkan penurunan bagi hampir semua kategori jenayah indeks, dengan penurunan tertinggi direkodkan bagi kes lain-lain curi dan pecah rumah,” katanya ketika dihubungi media, hari ini.

Bagaimanapun, beberapa kategori mencatatkan sedikit peningkatan, antaranya kes samun tanpa senjata yang meningkat satu kes, kes mendatangkan kecederaan meningkat satu kes dan kes curi motokar meningkat satu kes berbanding 2024.

Tambahnya, bagi jenayah bukan indeks pula, sebanyak 48 kes direkodkan pada 2025 berbanding 50 kes pada 2024, menunjukkan penurunan sebanyak dua kes atau 4.2 peratus.

Tansli turut memaklumkan bahawa secara keseluruhan, prestasi penyelesaian kes bagi 2025 adalah memberangsangkan apabila sebanyak 94 kes berjaya diselesaikan, dengan kadar penyelesaian mencecah 91.3 peratus.

“Secara keseluruhan, kadar jenayah bagi 2025 menunjukkan trend penurunan yang positif berbanding 2024,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa pencapaian tersebut adalah hasil usaha berterusan pasukan polis di lapangan dan juga kerjasama masyarakat dalam menyalurkan maklumat berkaitan jenayah di Daerah Meradong.

Oleh Earl Anek

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: MINDEF arah ATM siasat kegiatan tidak bermoral di kem tentera
Next: Lima lelaki tempatan ditahan di Lawas, positif dadah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.