Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penduduk enam kampung dipindahkan Ke PPS SMK Bekenu
  • Utara
  • WILAYAH

Penduduk enam kampung dipindahkan Ke PPS SMK Bekenu

Utusan Sarawak 3 days ago
MANGSA BANJIR… SMK Bekenu telah dibuka dan dijadikan PPS bagi menempatkan mangsa banjir dari beberapa kampung sekitar di Daerah Subis berikutan keadaan banjir yang semakin membimbangkan, hari ini.

BEKENU: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bekenu dijadikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi menempatkan mangsa banjir dari beberapa kampung sekitar Daerah Subis susulan keadaan banjir yang semakin membimbangkan.

Pembukaan PPS berkenaan diumumkan oleh Pegawai Daerah Subis, Norlila Ulis, selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Subis, hari ini.

PPS tersebut mula beroperasi pada 2.30 petang bagi menempatkan penduduk terjejas serta memastikan keselamatan dan kebajikan mangsa terpelihara. Orang ramai turut dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa

Setakat 7.30 malam ini, seramai 154 mangsa melibatkan 51 keluarga telah dipindahkan ke PPS berkenaan. Mangsa terdiri daripada penduduk Kampung Kawang, Jengalas, Rambai, Pintasan Tiris, Masjid Tiris serta Kampung Lajung, Niah.

Penempatan mangsa dilakukan di Dewan Serbaguna SMK Bekenu serta lapan bilik darjah yang telah dilengkapi dengan kemudahan asas bagi memastikan keselesaan dan keselamatan semua penghuni PPS.

Pengurusan dan operasi PPS ini melibatkan kerjasama pelbagai agensi termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Miri, Pejabat Daerah Subis serta RELA bagi memastikan kebajikan mangsa sentiasa terjaga.

Dalam pada itu, pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada warga SMK Bekenu yang telah bertungkus lumus membuat persediaan PPS, khususnya Penolong Kanan Pentadbiran, Norliha Jamil; Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Hartini Drahman; Jawatankuasa Bencana sekolah yang diketuai Talip Pungut bersama Christopher, Sarip dan Majid Liman, serta para pekerja pembersihan sekolah.

Semua pihak mendoakan agar urusan mangsa banjir yang terlibat dipermudahkan dan keadaan kembali pulih seperti sediakala dalam masa terdekat.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: Kebajikan rakyat terus diberi perhatian utama 
Next: APM Saratok pantau rapi kawasan hotspot banjir di Roban

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.