Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM36,000 diperuntukkan untuk komuniti Nanga Bilat
  • WILAYAH

RM36,000 diperuntukkan untuk komuniti Nanga Bilat

Utusan Sarawak 3 days ago
TERIMA KASIH… Ahli Parlimen Julau, Datuk Larry Sng Wei Shien menyerahkan bantuan kepada penerima, baru-baru ini. Foto Facebook Ahli Parlimen Julau, Datuk Larry Sng Wei Shien 

JULAU: Usaha memperkukuh pembangunan setempat terus dipergiat apabila Ahli Parlimen Julau, Datuk Larry Sng Wei Shien telah memperuntukkan RM36,000 kepada komuniti di kawasan Nanga Bilat sebagai sokongan kepada pelbagai aktiviti dan keperluan masyarakat setempat.

Peruntukan tersebut disalurkan kepada beberapa penerima melibatkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Hong Sing Sing, JKKK Rumah Lunggek, JKKK Rumah Genta, Biro Wanita Rumah Hong Sing Sing, Gereja Methodist Nanga Bilat, Tadika KEMAS Nanga Bilat dan seorang penerima bantuan individu, Manggie Janting.

Katanya, sebagai wakil rakyat Parlimen Julau, beliau akan terus berusaha memastikan rakyat di kawasannya menikmati kehidupan yang lebih selesa melalui pelaksanaan projek dan bantuan yang memberi manfaat secara langsung.

“Hari ini saya melawat kampung di Nanga Bilat dan saya akan menyampaikan satu projek ke kampung di sini,” katanya ketika menghadiri program santai bersama rakyat yang berlangsung di Rumah Hong Sing Sing, Nanga Bilat, baru-baru ini.

TERIMA KASIH… Ahli Parlimen Julau, Datuk Larry Sng Wei Shien menyerahkan bantuan kepada penerima, baru-baru ini. Foto Facebook Ahli Parlimen Julau, Datuk Larry Sng Wei Shien 

Beliau menyifatkan lawatan tersebut sebagai permulaan kepada komitmen baharu pada 2026 dengan harapan agar segala urusan dan pelaksanaan kerja dapat berjalan dengan lebih lancar serta memperkukuh hubungan antara pemimpin dan rakyat.

“Perjalanan pertama saya pada Tahun Baharu 2026, saya harap semua kerja kita dapat berjaya dan bergaul dengan baik dan jika saya ada melakukan kesalahan pada tahun sebelumnya, saya memohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki,” katanya.

Larry turut menekankan kepentingan mengekalkan perpaduan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat pada tahun baharu agar pembangunan dapat dilaksanakan secara berterusan dan berkesan.

“Saya harap anda sebagai ketua kampung, begitu juga rakyat, jika ada kekurangan daripada kami, jangan simpan di hati.

“Saya baru pulang dari luar negara, berdoa sentiasa untuk menyingkirkan perkara-perkara buruk dan tidak membawa kepada tahun baharu,” katanya.

Tambahnya, pengagihan peruntukan dan projek yang dilaksanakan adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk memastikan pembangunan di kawasan Nanga Bilat dapat bergerak seiring dengan kawasan lain.

“Saya harap kita bergaul dengan baik dan tidak mendengar fitnah.

“Oleh itu, hari ini, saya mengagihkan projek-projek supaya kita dapat membangun seperti tempat lain,” katanya lagi.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Paras air di enam zon Kampung Pangtray meningkat, masih terkawal
Next: BBP Bintangor tingkat kesiapsiagaan hadapi MTL

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.