BA’KELALAN: Tanah tinggi Ba’kelalan memiliki iklim sesuai untuk penanaman buah-buahan oren, avocado, strawberi dan markisa seperti ladang di New Zealand.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Dato’ Sri Hajah Nancy Syukri dalam siri lawatan kerja ke Ba’kelalan Jumaat lalu mendapati Ba’kelalan juga terkenal dengan pengeluar beras Adan dan Garam Bukit yang berasal dari mata air kawasan tersebut yang setanding dengan garam Himalaya.
Sehubungan itu, beliau amat gembira dengan keunikan dan tarikan yang boleh meransang sektor pelancongan domestik.
“Nahhh, anda tak perlu ke luar negara untuk dapatkan makanan tersebut. Melancong sahaja ke dalam negara dan rancakkan pelancongan domestik,” ujarnya.
Turut sama dalam kunjungan penuh bermakna itu ialah Ketua Setiausaha Kebudayaan, Dato Dr. Noor Zali Hamat, Pengarah Kementerian Pelancongan Sarawak Suriah Charles Buas dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Pelancongan Putrajaya.
Oleh Adeng Edrus