Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tujuh projek RTP DUN Kalaka dilulus, pelaksanaan bermula tahun ini 
  • Tengah
  • WILAYAH

Tujuh projek RTP DUN Kalaka dilulus, pelaksanaan bermula tahun ini 

Utusan Sarawak 11 hours ago
MOHAMAD Duri pada Majlis Penangguhan Sambutan Kiraan Detik Tahun Baharu 2026 yang berlangsung di Pentas Utama Sri Kalaka, Saratok, malam kelmarin. Foto: ADUN Kalaka

SARATOK: Sebanyak tujuh projek di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka telah diluluskan dan bakal dilaksanakan pada tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata projek-projek berkenaan dirangka bagi meningkatkan kemudahan awam, prasarana sukan, pendidikan serta kebajikan masyarakat setempat selaras dengan keperluan semasa penduduk di kawasan DUN Kalaka.

Antara projek utama yang akan dilaksanakan ialah naik taraf padang futsal LAKIS serta pembinaan baharu Dewan Badminton yang turut dilengkapi gelanggang pickleball bagi menggalakkan gaya hidup sihat dan aktiviti sukan dalam kalangan komuniti setempat.

Selain itu, kerajaan turut meluluskan pembinaan baharu Pusat Tahfiz Saratok di Kampung Pagan, di samping kerja naik taraf Dewan Kolej Tingkatan Enam Saratok serta naik taraf stor dan dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kalaka Roban bagi keselesaan pelajar dan warga pendidik.

Beliau turut memaklumkan bahawa beberapa silang (crossover) baharu di Kampung Pagan Fasa 2 akan dibina secara berperingkat, selain projek naik taraf tempat parkir di Pusat Dialisis Hospital Saratok yang dijangka memberi kemudahan lebih selesa kepada pesakit dan pelawat.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penangguhan Sambutan Kiraan Detik Tahun Baharu 2026 yang berlangsung di Pentas Utama Sri Kalaka, Saratok, malam kelmarin.

Mohamad Duri menegaskan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkasa pembangunan luar bandar terutamanya di kawasan DUN Kalaka.

Dalam ucapannya, beliau turut menyifatkan Sambutan Kiraan Detik Tahun Baharu 2026 bukan sekadar sebuah acara perayaan, malah menjadi medium untuk masyarakat Saratok memperkukuh silaturrahim, memupuk perpaduan dan menyemai rasa tanggungjawab bersama ke arah membangunkan Saratok yang lebih maju, harmoni dan sejahtera.

Majlis berkenaan dimulakan dengan ucapan aluan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Komuniti, Pelancongan dan Keusahawanan, Kaunselor Richard Usah.

Para tetamu dan pengunjung yang hadir turut dihiburkan dengan persembahan oleh band tempatan serta Projector X Band, sekali gus memeriahkan sambutan penutup tahun berkenaan.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah isteri ADUN Kalaka, Norlida Sharkawi; Setiausaha Majlis Daerah Saratok, Meccra Joseph Pererra; wakil ketua-ketua jabatan, Pemanca Lim Guan Ann serta tetamu kehormat yang lain.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Masalah telekomunikasi berlarutan jejas urusan harian di Lawas
Next: Pemantauan kawasan berisiko banjir di Saratok terkawal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.