Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Eksklusif: Watt Zacchaeus kongsi mesej ‘sihat itu murah, sakit itu mahal’
  • KESIHATAN

Eksklusif: Watt Zacchaeus kongsi mesej ‘sihat itu murah, sakit itu mahal’

Utusan Sarawak 6 hours ago
WATT Zacchaeus Ngumbang Taip (kanan) merakam momen bersama rakannya selepas selesai sesi bermain pickleball.

SIBU: Tidak mahal untuk mengamalkan gaya hidup sihat kerana sihat itu murah tetapi sakit itu mahal.

Demikian mesej yang ingin dikongsi seorang wartawan Utusan Borneo, Watt Zacchaeus Ngumbang Taip, 44, kepada masyarakat, terutama golongan yang kurang berkemampuan.

Watt berkata, minatnya untuk bersenam bermula pada 6 Mac tahun lalu, ketika beliau menghantar anaknya ke pusat tuisyen di Taman Permai.

Bermula Dari Satu Keputusan Sederhana

“Saya ada lebih kurang dua jam untuk menunggu anak saya tamat sesi tuisyen. Pada awalnya saya hanya menunggu di kedai kopi sambil memesan minuman manis dan makan apa sahaja,” ujarnya.

Namun, satu detik kesedaran muncul apabila beliau teringat nasihat ibubapanya dan kata-kata Pengerusi SDNU Sibu, Chambai Lindong, bahawa joging adalah ‘ubat’ untuk segala penyakit.

“Dari situ saya mula sedar dan memilih untuk menggunakan masa menunggu itu untuk bersenam di Taman Tasik Permai,” katanya kepada Utusan Sarawak hari ini (2 Januari).

DEMI KESIHATAN… Orang ramai mengamalkan gaya hidup sihat dengan jogging dan briskwalk di Taman Tasik Permai pada waktu petang.

Utamakan Kesihatan, Bukan Kurus

Ditanya tentang matlamat awal, Watt menegaskan bahawa tujuan utamanya bukan untuk kurus tetapi untuk mengelakkan penyakit seperti darah tinggi, diabetes, dan masalah jantung akibat berat badan berlebihan.

“Bagi saya, kurus atau turun berat badan adalah bonus sahaja,” jelasnya.

Watt kini berjoging setiap hari, biasanya pada awal pagi, mengambil masa sekurang-kurangnya dua jam setiap sesi.

“Kalau pagi hujan, saya lakukan pada waktu petang. Selain itu, saya mengamalkan pemakanan sihat seperti minum air suam dan memperbanyak buah-buahan serta sayur-sayuran, tanpa mengambil minuman manis atau nasi,” katanya.

Tiada Rasa Malas, Hanya Keazaman

Menurutnya, beliau tidak pernah merasa malas kerana matlamatnya jelas: “Nak sihat sahaja. Nak sihat perlu ‘ubat’ dan joging adalah ubatnya.”

Selepas setahun, perubahan paling ketara adalah saiz pakaian dan berat badan. Berat badan beliau turun dari 120kg kepada 89kg, saiz seluar dari 42 kepada 36, dan stamina meningkat dengan ketara.

“Dulu naik tangga di pejabat semput, sekarang boleh berlari tanpa rasa semput. Tidur pun lebih berkualiti, lelap hingga bangun sendiri pada jam 5 pagi,” katanya.

Selain itu, beliau menegaskan keadaan mental dan emosi juga lebih stabil.

“Dulu selalu marah akibat tekanan kerja, kini lebih matang menghadapinya. Kesihatan dan keluarga menjadi keutamaan,” tambah Watt.

Kos Rendah, Manfaat Tinggi

Menyentuh soal kos, Watt menjelaskan dengan berjoging tidak memerlukan belanja besar.

“Yang perlu hanyalah kasut dan tempat. Ia percuma, berbeza dengan gim yang mahal dan sukar menurunkan berat badan. Joging terbukti berkesan,” katanya.

Selain kesihatan fizikal, rutin ini turut membantu Watt mengurus tekanan kerja dengan lebih tenang. Orang sekeliling juga menyedari perubahan positif pada dirinya, meskipun ada yang pada awalnya menganggap beliau sakit.

Cabaran utama adalah cuaca dan godaan makanan ketika menghadiri majlis. Namun, beliau menekankan bahawa joging selamat jika dilakukan mengikut kemampuan sendiri dan mendengar tubuh badan.

Nasihat Kepada Masyarakat

Watt menasihati masyarakat bahawa hidup sihat tidak memerlukan kos tinggi.

“’Ubatnya’ adalah joging atau brisk walk. Lakukan sekurang-kurangnya lima hingga enam kali seminggu. Kekalkan rutin, dan anda pasti akan merasai perubahan besar dalam hidup,” ujarnya.

Jika boleh memutar masa setahun lalu, beliau akan menasihati dirinya untuk mula menjaga kesihatan demi diri sendiri, keluarga, dan kerjaya.

“Tidak pernah terlambat untuk menjaga kesihatan. Apa yang berlaku di sekeliling kita pasti memberi kesedaran,” tegasnya

Oleh Tarani Lanting

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Tanpa kesan luaran, NAI ancaman besar kepada bayi – Pakar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.