Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • ICQS Biawak lokasi tumpuan Sambutan Pintu Masuk VM2026 di Sarawak
  • SEMASA

ICQS Biawak lokasi tumpuan Sambutan Pintu Masuk VM2026 di Sarawak

Utusan Sarawak 12 hours ago
RESIDEN Bahagian Kuching, Dayang Joanita Awang Morshidi pada Sambutan di Pintu-Pintu Masuk di Seluruh Negara dan Hab Pengangkutan Utama di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) yang berlangsung hari ini. Foto UKAS

LUNDU: Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak menjadi antara lokasi tumpuan di Sarawak sempena Sambutan di Pintu-Pintu Masuk di Seluruh Negara dan Hab Pengangkutan Utama bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) yang berlangsung hari ini.

Residen Bahagian Kuching, Dayang Joanita Awang Morshidi telah menyempurnakan program berkenaan yang bertujuan menyambut ketibaan pelancong antarabangsa ke Malaysia di samping memperkenalkan kempen VM2026 sebagai usaha meningkatkan jumlah kehadiran pelancong ke negara ini.

Sambutan ini merupakan inisiatif Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP) melalui Tourism Malaysia, yang diadakan secara serentak di 55 pintu masuk utama dan hab pengangkutan awam di seluruh negara, meliputi 13 negeri dan tiga Wilayah Persekutuan.

SAMBUTAN di Pintu-Pintu Masuk di Seluruh Negara dan Hab Pengangkutan Utama di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) yang berlangsung hari ini. Foto UKAS

Di Sarawak, ICQS Biawak dipilih sebagai salah satu lokasi utama berikutan peranannya sebagai pintu masuk darat strategik yang menghubungkan Sarawak dan Kalimantan, sekali gus berfungsi sebagai gerbang kemasukan pelancong ke negeri ini.

Sambutan tersebut turut mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh imej Malaysia sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia serta mempromosikan keunikan budaya, khazanah alam semula jadi dan kepelbagaian produk pelancongan yang terdapat di Sarawak.

Kerajaan Sarawak menerusi agensi berkaitan akan terus memberi sokongan kepada pelaksanaan VM2026 demi memastikan sektor pelancongan terus berkembang sebagai antara penyumbang utama kepada ekonomi negeri dan negara.

Turut hadir Pegawai Daerah Lundu Zulkarnain Ismail bersama wakil-wakil jabatan serta agensi kerajaan yang berkaitan.

-UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Objek disyaki serpihan dari angkasa ditemukan di pesisir pantai di Pekan, Pahang  
Next: Wanita pertama ketuai institusi Hadiah Nobel

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.