Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Harga runcit RON97, RON95 tanpa subsidi kekal bagi tempoh 1 hingga 7 Januari 2026
  • NASIONAL

Harga runcit RON97, RON95 tanpa subsidi kekal bagi tempoh 1 hingga 7 Januari 2026

Utusan Sarawak 10 hours ago
KEKAL…Tiada perubahan harga petrol dan diesel minggu pertama tahun baru menurut Kementerian Kewangan. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97 dan RON95 tanpa subsidi di seluruh negara masing-masing kekal pada kadar RM3.16 dan RM2.56 seliter bagi tempoh 1 hingga 7 Januari 2026.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit petrol bersubsidi RON95 di bawah BUDI MADANI RON95 (BUDI95) pula kekal pada paras RM1.99 seliter.

MOF turut memaklumkan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia kekal pada kadar RM2.94 seliter dan Sabah, Sarawak serta Labuan kekal pada kadar RM2.15 seliter dalam tempoh sama.

Menurut MOF, penetapan harga berkenaan dibuat berdasarkan harga mingguan produk petroleum mengikut Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Kerajaan melalui MOF akan terus memantau trend harga minyak dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu.- Bernama

Continue Reading

Previous: KWSP umum penambahbaikan dasar, produk berkuat kuasa esok
Next: Tahun Baharu 2026: PM Anwar ajak rakyat bersama perkukuh perpaduan, terus maknai reformasi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.