Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pelbagai acara warnai Sambutan Ambang Tahun Baharu 2026 di Kabong esok
  • Tengah
  • WILAYAH

Pelbagai acara warnai Sambutan Ambang Tahun Baharu 2026 di Kabong esok

Utusan Sarawak 18 hours ago
SAMBUTAN Ambang Tahun Baharu 2026 peringkat DUN Kabong bertempat di Pusat Penjaja Kabong, malam esok. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kabong

KABONG: Sambutan Ambang Tahun Baharu 2026 peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong dijangka berlangsung meriah dengan pelbagai pengisian menarik yang memfokuskan hiburan rakyat serta pengukuhan perpaduan komuniti setempat, bertempat di Pusat Penjaja Kabong, malam esok.

Program anjuran DUN Kabong itu bakal menghimpunkan penduduk pelbagai lapisan usia untuk bersama-sama memeriahkan detik peralihan tahun baharu dalam suasana penuh warna-warni dan semangat kekitaan.

Antara acara utama yang dinantikan ialah Pertandingan Karaoke Lagu Melayu Asli sempena sambutan tersebut, yang akan bermula pada 8.00 malam. Pertandingan ini terbuka kepada peserta lelaki dan perempuan berumur 40 tahun ke atas dengan penyertaan terhad kepada 10 terawal.

Pertandingan berkenaan menawarkan hadiah wang tunai menarik iaitu RM300 bagi tempat pertama, RM200 (tempat kedua), RM100 (tempat ketiga) serta saguhati RM50 kepada peserta tempat keempat hingga ke-10. Setiap peserta hanya dibenarkan mempersembahkan satu lagu Melayu Asli.

Selain pertandingan karaoke, sambutan turut dimeriahkan dengan persembahan pentas, hiburan artis tempatan, acara Karaoke Cilik dan Suara Emas, serta detik kiraan masuk Tahun Baharu 2026 yang pastinya menjadi tumpuan pengunjung.

Majlis tersebut akan diserikan dengan kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir, sekali gus memperlihatkan sokongan berterusan kepimpinan tempatan terhadap aktiviti kemasyarakatan.

Turut memeriahkan sambutan ialah penampilan Ain Aneena sebagai artis jemputan, yang dijangka menghiburkan pengunjung dengan persembahan istimewa.

Penganjur berharap sambutan ini bukan sahaja menjadi platform hiburan, malah mampu mempererat hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat setempat serta menyemarakkan semangat perpaduan menjelang ketibaan Tahun Baharu 2026.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Pertubuhan OKU fizikal Miri adakan jualan sawi hidroponik pada Khamis ini
Next: Kebocoran paip gas, tindakan pantas bomba elak risiko lebih besar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.