Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Ronaldo mahu terus beraksi sehingga capai 1,000 gol
  • SUKAN

Ronaldo mahu terus beraksi sehingga capai 1,000 gol

Utusan Sarawak 7 hours ago
BOLA SEPAK… Cristiano Ronaldo mengulangi hasratnya untuk terus beraksi sehingga beliau mencapai 1,000 gol sepanjang karier bola sepaknya.

BERLIN: Cristiano Ronaldo mengulangi hasratnya untuk terus beraksi sehingga beliau mencapai 1,000 gol sepanjang karier bola sepaknya, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Kapten Portugal berusia 40 tahun itu menambah koleksi golnya kepada 956 selepas menjaringkan dua gol baru-baru ini untuk kelab Arab Saudi, Al-Nassr dan berkata semasa majlis Globe Soccer Awards di Dubai semalam bahawa sasaran berkenaan kekal menjadi matlamatnya.

“Anda tahu apakah matlamat saya. Saya mahu memenangi trofi dan saya mahu mencapai angka yang anda semua sedia maklum. Saya pasti akan mencapainya jika tidak mengalami kecederaan,” katanya selepas dinobatkan sebagai pemain terbaik Timur Tengah.

Bekas bintang Real Madrid, Manchester United dan Juventus itu turut menyatakan bahawa Piala Dunia akan datang di Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada bakal menjadi penampilan terakhirnya di pentas dunia. Namun begitu, kerjayanya di peringkat kelab dijangka berterusan apabila kontrak terbaharunya bersama Al-Nassr akan tamat pada musim 2027.

“Memang sukar untuk terus bermain, tetapi saya masih bermotivasi,” kata Ronaldo.

“Semangat saya masih tinggi dan saya mahu terus bermain. Tidak kira di mana saya beraksi, sama ada di Timur Tengah atau Eropah. Saya sentiasa menikmati permainan bola sepak dan mahu terus beraksi.”

Ronaldo, yang pernah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Dunia sebanyak lima kali, telah menjaringkan 143 gol bersama pasukan kebangsaan Portugal, 140 gol dalam Liga Juara-Juara Eropah, 450 gol bersama Real Madrid, serta masing-masing lebih 100 gol untuk Manchester United, Juventus dan Al-Nassr.

-Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Makarion FC juara Piala Krismas VSRC, bawa pulang RM3,000

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.