Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak antara enam negeri dijangka alami ribut petir hingga malam ini
  • SEMASA

Sarawak antara enam negeri dijangka alami ribut petir hingga malam ini

Utusan Sarawak 9 hours ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri sehingga 7.00 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan ramalan cuaca buruk itu melibatkan Kulim dan Bandar Baharu di Kedah diikuti keseluruhan Pulau Pinang, Kerian, Manjung, Bagan Datuk serta Larut, Matang dan Selama di Perak; dan Pontian, Kulai serta Johor Bahru di Johor.

Amaran itu turut membabitkan Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan (Samarahan dan Asajaya) dan Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong) di Sarawak serta Pedalaman (Nabawan dan Tambunan), Pantai Barat (Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Tawau dan Kudat di Sabah. 

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” menurut MetMalaysia. 

MetMalaysia memaklumkan bahawa amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: ADUN Kuala Perlis angkat sumpah Menteri Besar Perlis baharu
Next: Kes SUPP berasaskan undang-undang dan fakta, DAP bermotifkan politik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.