Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • ADUN Kuala Perlis angkat sumpah Menteri Besar Perlis baharu
  • SEMASA

ADUN Kuala Perlis angkat sumpah Menteri Besar Perlis baharu

Utusan Sarawak 9 hours ago
AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis Abu Bakar Hamzah dilantik sebagai Menteri Besar Perlis yang baharu.

ARAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis Abu Bakar Hamzah dilantik sebagai Menteri Besar Perlis yang baharu.

Abu Bakar, 57, mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Perlis ke-12 di hadapan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, pada Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Perlis pada 4.04 petang ini.

Beliau ialah Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perlis dan juga Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Perlis.

Abu Bakar memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Perlis pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan majoriti 1,254 undi.

ebelum ini beliau dilantik sebagai Exco dalam pentadbiran kerajaan negeri Perlis, selepas rombakan pada November tahun lepas dan memegang portfolio Pelancongan, Seni dan Budaya serta Pembangunan Luar Bandar.

Dalam rombakan itu, Abu Bakar adalah antara tiga ADUN yang dilantik sebagai Exco baharu, menggantikan dua Exco sedia ada yang digugurkan.

Pelantikan beliau sebagai Menteri Besar Perlis ke-12 dibuat berikutan peletakan jawatan Mohd Shukri Ramli yang juga ADUN Sanglang pada 25 Disember secara sukarela atas faktor kesihatan.

Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis Datuk Rahimi Ismail berkata Tuanku Syed Sirajuddin berkenan untuk melantik Abu Bakar sebagai Menteri Besar Perlis yang baharu.

Menerusi satu kenyataan beliau berkata pelantikan itu selaras Perkara 37 dan 39 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perlis.

Pada 25 Disember juga, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis Rus’sele Eizan mengumumkan kekosongan luar jangka bagi kerusi DUN Chuping, DUN Bintong dan DUN Guar Sanji selaras dengan Fasal (1)(a)(ii) Perkara 50A Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis.

Kekosongan luar jangka itu berlaku selepas PAS pada 24 Disember mengumumkan keahlian tiga ADUN parti tersebut iaitu Saad Seman (Chuping), Fakhrul Anwar Ismail (Bintong) dan Mohd Ridzuan Hashim (Guar Sanji) terhenti, susulan tindakan menarik sokongan terhadap Mohd Shukri.

Pada PRU15, PN Perlis memenangi 14 daripada 15 kerusi DUN, dengan sembilan kerusi dimenangi ADUN PAS dan lima oleh Bersatu, manakala Pakatan Harapan (PH) menerusi PKR memenangi satu kerusi.  

-Bernama  

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Hormati keputusan mahkamah, jangan raih keuntungan politik
Next: Sarawak antara enam negeri dijangka alami ribut petir hingga malam ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.