Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Hormati keputusan mahkamah, jangan raih keuntungan politik
  • SEMASA

Hormati keputusan mahkamah, jangan raih keuntungan politik

Utusan Sarawak 8 hours ago
PENGERUSI SUPP Cawangan Dudong, Wong Ching Yong (berdiri, dua kanan), Naib Pengerusi SUPP Cawangan Dudong Dr Wong Chya Wei (berdiri, tiga kanan), Penasihat Kehormat SUPP Cawangan Dudong Datuk Dr Soon Choon Teck (duduk, empat kiri) dan yang lain merakam kenangan bersama kalender tahun baharu 2026 setelah sidang media.

SIBU: Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Dudong, Wong Ching Yong menegaskan keputusan mahkamah tidak wajar dijadikan bahan ejekan atau diraikan atas kepentingan politik kerana tindakan sedemikian boleh menjejaskan keyakinan rakyat terhadap institusi kehakiman.

Beliau berkata, dalam negara demokrasi yang berteraskan kedaulatan undang-undang, setiap keputusan mahkamah perlu dihormati tanpa mengira sentimen atau kecenderungan politik mana-mana pihak.

“Keputusan sama ada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dibenarkan menjalani baki hukuman di bawah tahanan rumah atau tidak adalah tertakluk sepenuhnya kepada budi bicara kehakiman.

“Mahkamah telah meneliti permohonan tersebut dan membuat keputusan, maka penghakiman itu perlu dihormati dan bukan dijadikan bahan kegembiraan politik,” katanya pada sidang media bersama SUPP Cawangan Dudong dan Sibujaya di sini, hari ini.

Wong mengulas tindakan Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Yeo Bee Yin yang didakwanya meraikan secara terbuka penolakan mahkamah terhadap permohonan Najib, yang menurutnya mencerminkan sikap ‘schadenfreude’ atau kegembiraan atas kesusahan pihak lain.

Menurut Wong, kritikannya itu bukan bertujuan mempertahankan rasuah kerana sebarang perbuatan rasuah mesti ditangani melalui proses undang-undang yang sewajarnya, sebaliknya menekankan bahawa keadilan tidak seharusnya dijadikan markah politik.

Beliau berkata, sebagai seorang pemimpin kanan parti, Yeo tidak bercakap atas kapasiti individu persendirian dan tindakan meraikan keputusan mahkamah secara terbuka boleh memberi gambaran bahawa keadilan dilihat melalui lensa kepartian.

Wong turut mempersoalkan sikap berdiam diri DAP dalam beberapa kes lain yang melibatkan pemimpin tertentu, termasuk Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, dan menyifatkan kritikan terpilih itu sebagai tidak konsisten.

“Sikap sedemikian menguatkan persepsi bahawa prinsip politik diterapkan secara selektif demi kepentingan politik semasa,” katanya.

Beliau berkata, dalam masyarakat majmuk yang sedang berhadapan polarisasi, tindakan meraikan atau mengejek keputusan mahkamah berpotensi menambahkan perpecahan serta melemahkan keyakinan rakyat terhadap sistem keadilan negara.

Wong menegaskan isu sebenar bukan berkaitan individu tertentu, sebaliknya sejauh mana ahli politik bersedia menghormati institusi kehakiman dan menjunjung prinsip reformasi yang sering dilaungkan.

Hadir sama Penasihat Kehormat SUPP Cawangan Dudong Datuk Dr Soon Choon Teck, Naib Pengerusi SUPP Cawangan Dudong Dr Wong Chya Wei serta beberapa pemimpin parti lain.

Oleh Tarani Lanting

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Persiapan bekalan daging Ramadan, Aidilfitri 2026 sudah bermula
Next: ADUN Kuala Perlis angkat sumpah Menteri Besar Perlis baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.