Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Sembilan maut kemalangan bas di Vietnam
  • KEMALANGAN

Sembilan maut kemalangan bas di Vietnam

Utusan Sarawak 11 hours ago
KEMALANGAN… Bas terbabas dan terbalik di utara Vietnam hari ini, mengakibatkan sembilan orang maut dan sembilan lagi cedera.

HANOI, Vietnam: Bas terbabas dan terbalik di utara Vietnam hari ini, mengakibatkan sembilan orang maut dan sembilan lagi cedera, lapor media rasmi.

Kebanyakan daripada 18 penumpang adalah guru dari Hanoi yang sedang melakukan lawatan amal ke wilayah Lao Cai, di mana kemalangan berlaku di satu laluan menurun panjang di Komun Phinh Ho.

Pekerja penyelamat menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang terselamat dari bas, lapor akhbar tempatan Lao Cai.

KEMALANGAN… Bas terbabas dan terbalik dan merempuh di utara Vietnam hari ini, mengakibatkan sembilan orang maut dan sembilan lagi cedera.

Pihak berkuasa tempatan sedang menyiasat punca kemalangan tersebut.

Kemalangan jalan raya yang membawa maut, selalunya melibatkan bas atau lori adalah perkara biasa di Vietnam dan sering disebabkan oleh memandu laju atau kerosakan mekanikal.

Menurut angka Kementerian Kewangan, 8,515 orang maut dan 10,204 lagi cedera akibat kemalangan jalan raya dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini.

-AFP

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Bot pelancong tenggelam di Indonesia, empat sekeluarga dari Sepanyol hilang
Next: Tiga kenderaan pacuan empat roda kemalangan di KM6, Jalan Repok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.