Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Bot pelancong tenggelam di Indonesia, empat sekeluarga dari Sepanyol hilang
  • KEMALANGAN

Bot pelancong tenggelam di Indonesia, empat sekeluarga dari Sepanyol hilang

Utusan Sarawak 10 hours ago
ANGGOTA pasukan mencari dan menyelamat Indonesia semasa operasi mencari pelancong asing yang hilang di perairan Pulau Padar, Labuan Bajo, selepas sebuah bot pelancong tenggelam. Foto AFP

JAKARTA: Keluarga dari Sepanyol yang terdiri daripada empat orang dilaporkan hilang selepas sebuah bot pelancong tenggelam di Indonesia, menurut agensi berita negara Antara, hari ini.

Bot tersebut membawa 11 orang ketika ia tenggelam di Selat Pulau Padar berhampiran destinasi pelancongan popular Labuan Bajo semalam, kata Antara.

Tujuh orang termasuk dua pelancong Sepanyol, empat anak kapal dan seorang pemandu pelancong berjaya diselamatkan.

Operasi mencari empat mangsa yang masih hilang diteruskan hari ini.

ANGGOTA pasukan mencari dan menyelamat Indonesia memindahkan pelancong asing di perairan Pulau Padar, Labuan Bajo, selepas sebuah bot pelancong mengalami kerosakan enjin dan tenggelam, semalam. Foto AFP

Pihak berkuasa pelabuhan Labuan Bajo menyatakan punca kejadian adalah ombak besar setinggi sehingga tiga meter, menurut Antara.

“Keadaan ini menyukarkan kami untuk menjalankan operasi pencarian awal,” kata Ketua Pihak Berkuasa Pelabuhan, Stephanus Risdiyanto, kepada agensi tersebut.

Pulau Padar ditutup kepada pelancong  hari ini berikutan keadaan cuaca yang ekstrem.

Kemalangan maritim kerap berlaku di Indonesia, negara kepulauan Asia Tenggara yang mempunyai sekitar 17,000 pulau, sering berpunca daripada piawaian keselamatan yang longgar dan cuaca buruk.

-AFP

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
Next: Sembilan maut kemalangan bas di Vietnam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.