Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Aaron –Wooi Yik beri tumpuan aspek kecergasan
  • SUKAN

Aaron –Wooi Yik beri tumpuan aspek kecergasan

Utusan Sarawak 7 hours ago
Aaron Chia bersama gandingannya Soh Wooi Yik ketika menjalani sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Kuala Lumpur, sebagai persiapan menghadapi saingan musim baharu Jelajah Dunia BWF 2025.

KUALA LUMPUR: Aspek kecergasan menjadi fokus utama buat Aaron Chia–Soh Wooi Yik menjelang saingan musim baharu Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) tahun depan, dengan Terbuka Malaysia yang bermula pada 6 Januari menjadi kejohanan pembuka tirai.

Aaron berkata beliau bersama-sama gandingannya kini memberikan penekanan khusus terhadap peningkatan tahap kecergasan, sejajar dengan keperluan fizikal yang semakin mencabar berikutan peningkatan usia dan kepadatan jadual kejohanan.

“Kami harap dapat kekalkan kecergasan dan tahap fizikal. Kami pun selalu mengikuti program latihan yang dibuat, memang ada program pemulihan, jadi itu bukan satu masalah,” katanya ketika ditemui selepas sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM), di sini hari ini.

Sementara itu, Aaron menyambut baik cadangan Pengarah Kejurulatihan Beregu Negara Rexy Mainaky untuk memilih kejohanan tertentu yang akan disertai oleh pemain kebangsaan.

Menurut Aaron, beliau berharap untuk beraksi kurang daripada 20 kejohanan menjelang saingan musim depan bagi memastikan keadaan dan kecergasan mereka sentiasa berada pada tahap terbaik.

”Mungkin kira-kira 18 hingga 20 (kejohanan) tahun depan, tetapi kami akan cuba buat bawah 20.

“Saya harap kami juga boleh kekalkan ranking dalam kelompok tiga teratas kerana kadang-kadang kedudukan itu membantu dari segi undian,” katanya.- Bernama

Continue Reading

Previous: Nur Aisyah buktikan saiz fizikal bukan penghalang raih emas Sukan SEA 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.