Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Ribut ragut 4 nyawa, kerosakan meluas di seluruh California
  • GLOBAL

Ribut ragut 4 nyawa, kerosakan meluas di seluruh California

Utusan Sarawak 7 hours ago
BAHAGIAN Jalan Negeri California Route 138 terhakis akibat banjir pada Rabu, 24 Disember 2025, di luar Wrightwood, California. Foto Agensi

LOS ANGELES: Sekurang-kurangnya empat orang maut akibat ribut yang turut menyebabkan kerosakan meluas di seluruh negeri California, Amerika Syarikat, sepanjang minggu cuti Krismas, lapor Xinhua.

Gabenor Gavin Newsom pada malam Krismas mengisytiharkan darurat di enam daerah iaitu Los Angeles, Orange, Riverside, San Bernardino, San Diego dan Shasta.

Pengisytiharan itu membolehkan kerajaan negeri menggerakkan lebih banyak sumber serta memohon bantuan persekutuan bagi menangani situasi berkenaan.

Jumlah korban meningkat kepada sekurang-kurangnya empat orang setakat Khamis selepas pihak berkuasa mengesahkan beberapa kematian di lokasi berasingan di seluruh negeri itu.

Di San Diego, sebatang pokok setinggi kira-kira 23 meter tumbang dan mengorbankan seorang lelaki berusia 64 tahun ketika mangsa sedang mengalihkan kenderaannya.

Di sepanjang pantai utara di Daerah Mendocino, seorang wanita berusia lingkungan 70-an dihanyutkan ombak besar ketika berada di Taman Negeri MacKerricher.

Satu lagi kematian dilaporkan di kawasan Redding apabila seorang pemandu terperangkap dalam kenderaannya yang dinaiki air pada Ahad.

Selain itu, seorang timbalan sheriff di Daerah Sacramento maut dalam kemalangan yang dikaitkan dengan keadaan cuaca buruk pada Rabu.

Gangguan elektrik menjejaskan kira-kira 140,000 pelanggan di seluruh negeri pada malam Rabu, susulan angin kencang serta pokok tumbang yang merosakkan sebahagian besar infrastruktur elektrik.

Pasukan utiliti kemudiannya berjaya memulihkan bekalan elektrik kepada ribuan penduduk, namun setakat petang Khamis, kira-kira 92,000 pelanggan di seluruh negeri masih terputus bekalan elektrik.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: 8 maut bangunan runtuh di Mesir
Next: Kebakaran musnahkan 3,700 hektar kawasan di Australia Barat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.